ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga baharu model Honda dikeluarkan – Turun sehingga RM9,502 mulai hari ini!

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga bagi kereta Honda selaras dengan pengumuman pengecualian Cukai Jualan 100 peratus bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi model diimport sepenuhnya (CBU) menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Maka dengan itu, harga model-model CKD Honda seperti Jazz, BR-V facelift, City, HR-V, Civic facelift, CR-V dan  Accord baharu akan turun antara RM2,788.46 hingga RM8,545.63. Manakala model CBU seperti Odyssey akan mengalami penurunan harga sebanyak RM9,502.47.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Harga baharu ini akan berkuatkuasa mulai hari ini (15 Jun 2020) sehingga 31 Disember 2020. Selain itu, para pelanggan akan turut menikmati tawaran yang kini sedang berlangsung menerusi kempen “Kita Bersama Deals”. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, pihaknya amat menghargai sokongan Kerajaan untuk industri automotif dan usaha untuk memperkenalkan inisiatif ini.

Beliau turut berharap penurunan harga ini akan membolehkan pelanggan untuk membeli model keluaran Honda pilihan mereka dan menikmati perjalanan rentas negeri yang kini dibenarkan serta menyokong usaha Kerajaan untuk mempromosikan pelancongan domestik dalam norma baharu. Honda Malaysia akan terus menyokong perancangan Kerajaan dalam usaha untuk membantu pemulihan ekonomi negara daripada pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Senarai harga baharu model keluaran Honda di Semenanjung Malaysia:

Senarai harga baharu model keluaran Honda di Malaysia Timur:

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply