Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan senarai harga baharu model jualannya yang bakal mengalami penurunan sehingga RM9,484 berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan baru-baru ini. Pelarasan harga tersebut akan berkuatkuasa mulai 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.
Model pemasangan tempatan (CKD) Volkswagen terdiri dari Polo, Vento, Tiguan dan Passat, manakala keluarga Golf seperti R-Line, GTI dan R adalah diimport sepenuhnya. Tengah pengecualian cukai jualan, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM3,881 untuk model Tiguan, RM6,133 untuk Passat dan RM4,884 bagi model Golf R-Line.
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
Berikut adalah senarai harga semua model Volkswagen yang telah dikemas kini:
Models | Harga sebelum | Harga dikemas kini |
Polo | RM74,990 | RM74,060 |
Polo JOIN | RM81,990 | RM81,060 |
Vento Comfortline | RM84,690 | RM83,709 |
Vento Comfortline JOIN | RM91,690 | RM90,709 |
Vento Highline | RM91,490 | RM89,077 |
Vento Highline JOIN | RM98,490 | RM96,077 |
Tiguan Highline | RM165,990 | RM162,108 |
Tiguan Highline JOIN | RM175,990 | RM172,108 |
Passat Elegance | RM187,990 | RM181,856 |
Golf R-Line | RM173,390 | RM168,505 |
Golf GTI | RM246,490 | RM238,857 |
Golf R | RM304,390 | RM294,905 |
Beetle Sport | RM152,390 | RM152,390 |
Nota: Semua harga tertakluk kepada harga runcit yang disyorkan dan tidak termasuk pendaftaran dan insurans.
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, amat mengalu-alukan pengecualian cukai ini yang bakal memberi manfaat kepada pengguna. Kata beliau, pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan kejuruteraan Jerman mampu dimiliki oleh warga Malaysia. Ia merupakan berita baik dan tawaran ini amat diperlukan untuk memacu semula sektor automotif yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain dari penurunan harga, pelanggan akan terus menikmati promosi dan servis yang sedang berlangsung di Volkswagen, antaranya 6-bulan ansuran bulanan percuma untuk unit Tiguan yang didaftarkan sebelum 30 Jun 2020, rebat dalam talian eksklusif di Volkswagen eShowroom dan khidmat penghantaran ke rumah percuma untuk para pelanggan.
Semua model Volkswagen didatangkan dengan 3-tahun penyelenggaraan percuma, 5-tahun waranti pengeluar dan 5-tahun bantuan pinggir jalan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
KOMEN TERKINI