ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga City Hatchback varian RS e:HEV diumumkan – RM107,783.09

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia secara rasminya mengumumkan harga City Hatchback varian RS e:HEV yang buat julung kalinya ditawarkan di Malaysia.

Tanda harga bagi varian ini telah ditetapkan pada RM107,783.09 dan ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, Ignited Red Metallic, Platinum White Pearl dan Meteroid Gray Metallic.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, sejak dilancarkan pada Disember tahun lalu, City Hatchback telah menerima lebih dari 5,200 tempahan.

Dari segi penampilan, City Hatchback diberikan penggayaan berkonsepkan ‘Energetic Hatchback‘, manakala varian RS e:HEV tampil lebih sporty dan premium.

Varian RS e:HEV dihiasi dengan kemasan hitam berkilat pada jeriji depan, palang jeriji berbentuk sayap dan cermin sisi bagi memberikan ekspresi warna dwirona.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Bentuk eksklusif varian RS e:HEV turut ditonjolkan pada jeriji bahagian bawah, kemasan lampu kabus dan bampar belakang.

Varian ini dilengkapi dengan  lampu depan LED bersama lampu siang LED (DRL), lampu kabus depan LED,  spoiler but belakang dan lampu belakang LED.

Melengkapi penampilan sporty varian RS e:HEV ini adalah rim aloi bersaiz 16-inci. City Hatchback RS e:HEV dijana oleh enjin 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang menampilkan sistem hibrid menggandingkan enjin petrol dan motor elektrik.

Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi e-CVT. Kombinasi trenkuasa ini mampu menjana 109PS dan 253Nm daya kilas yang setanding dengan prestasi enjin aspirasi alami (NA) model segmen-D.

Ia turut didatangkan dengan tiga mod pemanduan, EV, Hybrid dan Engine yang boleh diubah mengikut kesesuaian pemandu.

Penggayaan di ruangan dalaman varian ini lebih canggih dan sporty dengan tempat duduk Ultrasuede® Seats yang disulam dengan jahitan benang merah.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Selain itu, varian ini turut menampilkan paparan meter TFT interaktif bersaiz 7-inci, unit infohibur 8-inci dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ serta corong pendingin hawa di belakang.

Dari segi keselesaan, kesemua varian City Hatchback dilengkapi dengan 4-Mod ULTRA Seats, yang boleh diubah mengikut konfigurasi seperti Utility, Long, Tall atau Refresh.

Buat pertama kalinya, City Hatchback RS e:HEV dilengkapi Honda LaneWatch, Brek Parkir Elektrik (EPB) dan penghidup enjin kawalan jauh. Ia turut dilengkapi dengan Honda SENSING yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Pertembungan Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
  • Amaran Berlepas Laluan (LDW)
  • Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB)

City Hatchback RS e:HEV turut menerima ciri tambahan iaitu Auto Brake Hold (ABH) dan Honda CONNECT yang ditawarkan secara eksklusif untuk varian ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply