ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga kenderaan bakal turun sehingga 30 peratus menjelang 2018

Views

Foto dari www.semberono.com

Berita Harian melaporkan harga kenderaan akan mengalami penurunan sehingga 30 peratus menjelang 2018, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk pemberian insentif dan pengurangan jumlah duti eksais. Ia dilihat membuahkan hasil apabila harga kenderaan telah turun sebanyak tiga peratus pada tahun 2013, diikuti 2014 sebanyak tujuh peratus dan pada tahun lalu sebanyak 2.7 peratus. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Mengenai kadar tol pula, Azalina berkata kerajaan telah berunding dengan syarikat konsesi lebuh raya sejak tahun 2008 untuk mengurangkan harga tol. Rundingan berkenaan bertujuan mencari mekanisme terbaik dengan mengambil kira pendekatan ‘menang-menang’ kepada semua pihak yang terlibat.

Kadar tol untuk lebuh raya di bawah PLUS Malaysia Berhad dan Kumpulan ANIH Berhad  juga akan distruktur semula selain menambah baik klausa-klausa dalam perjanjian konsesi termasuk memperuntukan klausa Mekanisme Semakan Semula Tol yang tidak lagi membenarkan kenaikan kadar tol secara automatik.

Jika mengikut perkembangan semasa, beberapa pengeluar termasuk Proton dan Perodua telah menaikkan harga kenderaan mereka disebabkan penyusutan nilai Ringgit sehingga menyebabkan kos merika semakin meningkat. Adakah sasaran ini dapat dicapai ketika nilai Ringgit masih lagi lemah?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply