ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga kereta Honda turun mulai 1 Jun 2018 sempena pelaksanaan kadar sifar GST

Views

Honda Malaysia Sdn. Bhd. turut mengumumkan penurunan harga kenderaan Honda berikutan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018. Model-model CKD Honda seperti Jazz, Jazz Hybrid, BR-V, City, City Hybrid, HR-V, Civic, CR-V dan Accord akan mengalami penurunan harga antara  RM4,088 hingga RM9,573. Model-model CBU seperti Odyssey baharu dan Civic Type R pula turun antara RM14,362 dan RM18,072.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, dengan pelaksanaan kadar sifar GST bermula 1 Jun 2018, pelanggan akan dapat menikmati harga baharu sebelum pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Selain itu, pelanggan yang membeli model Honda terpilih juga layak untuk mendapatkan ganjaran menarik  “Welcome Festive Rewards” yang turut bermula pada 1 Jun 2018.

GST untuk alat ganti Honda serta perhidmatan penyelengaraan termasuk caj buruh dan aksesori tulen Honda turut termasuk dalam kadar sifar mulai tarikh yang sama. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply