ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak dunia terus meningkat

Berita Global

Views

Minyak mentah meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan di Asia berikutan kenaikan mendadak stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan penurunan ketara dalam bekalan bahan api itu.

Menurut Berita Harian, niaga hadapan di New York menokok kepada AS$84 setong selepas meningkat lebih satu peratus pada Rabu untuk ditutup kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Inventori minyak mentah AS merosot sebanyak 431,000 tong minggu lalu, demikian menurut data kerajaan, berbanding kaji selidik Bloomberg yang mengunjurkan kenaikan buat mingguan keempat.

Inventori petrol dan penyulingan juga susut lebih tinggi daripada jangkaan. Pasaran lebih sempit dengan mendadak baru-baru ini susulan kekurangan arang batu dan gas asli yang memacu penggunaan minyak mentah, sekali gus menyokong kenaikan harganya.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Arab Saudi berkata sebarang bekalan tambahan daripada OPEC+ tidak akan mengurangkan kos gas yang meningkat. Negara itu meramalkan permintaan minyak mentah mungkin meningkat sebanyak 600,000 tong sehari (bpd) jika musim sejuk di hemisfera utara lebih sejuk daripada kebiasaannya.

Naib Presiden Perundingan Tenaga IHS Markit berpangkalan di Singapura, Victor Shum berkata, kekurangan minyak mentah dari aspek penawaran muncul ketika perintah berkurung 2020 berakhir.

Tambahnya, permintaan minyak mentah tidak kembali kepada paras sebelum COVID-19, namun ia mengimbangi antara pemintaan dan penawaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply