ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak mentah turun, nilai Ringgit merosot

Berita Tempatan

Views

Ringgit merosot untuk dibuka rendah pada hari ini berikutan harga minyak mentah Brent ditutup rendah. Menurut Berita Harian, pada 9.06 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2260/2290 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2215 semasa ditutup semalam.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata penurunan semalaman harga minyak mentah Brent adalah berikutan penularan varian Delta COVID-19 di China, memberi ancaman untuk menjejaskan pemulihan dalam penggunaan minyak mentah dunia.

Katanya, selain itu, pelabur dijangka turut mengambil kira perkembangan politik terkini di negara ini. Sementara itu, unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8774/8805 daripada 3.8638/8666 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1274/1298 daripada 3.1223/1247 semasa ditutup semalam.

Ringgit susut berbanding euro kepada 5.0137/0173 daripada 5.0128/0164 dan rendah berbanding pound kepada 5.8771/8813 daripada 5.8696/8738.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply