ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak turun, stesen minyak bakal tutup?

Views

Sejak mekanisma harga mingguan minyak diperkenalkan pada bulan lalu, harga bahan api tersebut akan ditentukan pada setiap hari Rabu dan ia akan kekal untuk seminggu. Dalam tempoh tiga minggu terakhir ini, harga minyak mengalami penurunan dan ia bakal menyebabkan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian sehingga ada yang mungkin terpaksa mengambil keputusan untuk menggulung tikar.

Menurut Sinar Harian Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz ketika menjelaskan kepada China Press berkata, pengusaha stesen minyak biasanya menjual minyak petrol dan diesel mengikut kadar harga pembelian.

Pengusaha stesen minyak kini bergelut untuk menjual stok lama yang dibeli dengan harga lebih tinggi dan jika harga minyak turun, ia perlu dijual dengan harga murah. Adalah sesuatu yang mustahil bagi sesebuah stesen minyak untuk menghabiskan bekalan stok lama dalam tempoh beberapa hari. Secara purata, RON95 memerlukan empat hingga lima hari untuk dihabiskan, manakala RON97 memerlukan masa lebih daripada seminggu.

Sekiranya harga minyak dan diesel menurun secara berterusan, ini bermakna pengusaha stesen minyak terpaksa menanggung perbezaan harga antara masa pembelian dan penjualan kepada pengguna. Salah seorang pengusaha stesen minyak berkata, apabila harga minyak terus menurun dan harga minyak dunia tidak stabil, ia mungkin menyebabkan lebih banyak stesen minyak sukar meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

Kadar keuntungan yang diperoleh bagi jualan minyak hanyalah lebih kurang 10 sen untuk setiap liter manakala diesel pula ialah enam sen untuk seliter. Kadar keuntungan ini kekal sampai bila-bila walaupun harga minyak naik ataupun turun. Jika harga minyak jatuh, pengusaha stesen minyak akan menanggung kerugian selain terpaksa menanggung kos operasi.

Mengenai promosi memberi diskaun kepada pengguna, semua pengusaha stesen minyak wajib membuat permohonan awal terlebih dahulu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mendapatkan kelulusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply