Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan harga mingguan baharu petrol dan diesel berdasarkan penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM). Harga runcit mingguan baharu petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan turun 5 sen seliter, manakala harga diesel pula kekal.
Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 02/02/2019 hingga 08/02/2019. Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend penurunan berbanding minggu sebelumnya.
JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 02/02/2019 hingga 08/02/2019:
- RON95 : RM1.93 seliter (turun 5 sen dari RM1.98)
- RON97 : RM2.23 seliter (turun 5 sen dari RM2.28)
- Diesel : RM2.18 seliter (kekal)
JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI