ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga Proton X70 2020 (CKD) bakal bermula dari RM93,800 untuk varian Standard, betul ke?

Spekulasi

Views

Ketika ini sedang ‘panas’ sesi ‘membawang’ mengenai ramalan harga untuk model Proton X70 2020 (CKD) yang bakal dilancarkan secara rasmi petang esok di Bilik Pameran KristalPusat Kecemerlangan Proton (COE). Namun, harga sebenar hanya akan diumumkan dan diketahui ketika majlis pelancarannya esok.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

Model keluaran Tanjung Malim itu nanti bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian. Menurut info yang kami perolehi menerusi aplikasi Whatsapp, model pemasangan tempatan (CKD) itu nanti akan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah, dengan beberapa penambaikan dari model CBU.

Berikut adalah ramalan harga jualan model Proton X70 2020 (CKD) mengikut varian:

  • Varian Standard  1.8 liter TGDi 2WD – RM93,800 (Turun RM6,000 dari RM99,800.00)
  • Varian Executive  1.8 liter TGDi  2WD – RM99,800.00 (Turun RM10,000 dari RM109,800.00)
  • Varian Premium 1.8 liter TGDi 2WD (Tiada bumbung suria) – RM108,800.00
  • Varian Premium X – 1.8 liter TGDi 2WD (Dengan bumbung suria) – RM116,800.00 (Turun RM7,000 dari Varian Premium (CBU) RM123,800.00)

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Jika dilihat dari harga yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, sememangnya satu jumlah penurunan harga yang sangat besar telah dibuat oleh Proton. Anda harus ingat, selagi ia bukanlah harga rasmi, anggaplah ia sekadar spekulasi semata-mata. Untuk mengetahui spesifikasi ringkas Proton X70 2020 mengikut varian, ketik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply