ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga tiket penerbangan diturunkan lebih 30 peratus

Berita Tempatan

Views

Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.

Berita Harian melaporkan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, bagaimanapun berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi melihat secara terperinci kadar perbandingan penurunan harga tiket penerbangan dalam masa terdekat.

Kata beliau, ada yang mengatakan ia (tiket penerbangan) telah naik 70 peratus, tetapi pihaknya telah berjaya kurangkan banyak daripada kadar berkenaan, dan penurunan sudah dapat dilihat sejak pagi tadi.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Tambah beliau, ini kerana pihaknya berjaya meningkatkan kekerapan penerbangan dengan cara redeploy (menyusun semula pergerakan) kapal-kapal terbang supaya tumpuan diberikan kepada sektor (perayaan) ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penghantaran kakitangan Express Rail Link (ERL) ke ‘Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Line’ bagi menyokong operasi musim Haji 2022, di KL Sentral, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak menjadi tajuk perbualan hangat sejak kebelakangan ini apabila harga yang dipaparkan pada laman sesawang syarikat penerbangan dikatakan meningkat hingga RM2,000 bagi penerbangan dua hala ke Sabah atau Sarawak, berbanding kebiasaan sekitar RM300 bagi perjalanan sama.

Sementara itu, merujuk kepada cadangan berhubung penubuhan Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE), sebagai pusat kecemerlangan nasional bagi industri kereta api, Isham berkata ia dijangka diluluskan oleh kabinet dalam masa terdekat.

Beliau berkata kandungan kepakaran tempatan dalam pengangkutan rel negara ini masih kurang, iaitu 15 peratus sahaja dan dengan kewujudan NRCOE diharapkan dapat membina industri kereta api mengikut standard Malaysia.

Dengan adanya standard berkenaan, kita berupaya mengembangkan pengetahuan dan melatih lulusan universiti untuk bekerja dalam industri ini serta juga mengeksport komponen atau barang kereta api sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply