ARKIB

KATEGORI

Info

Hasrat nak tambah kuasa enjin, tapi unit turbo Hilux ‘kong’ gara-gara alat ni…

Info

Views

Baru-baru ini tular satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama Bella Thompson di laman group Malaysia Automotive Shitposting.

Kata Bella, unit turbo trak pikap Toyota Hilux miliknya mengalami kerosakan dan perlu digantikan dengan unit baharu gara-gara ‘terpasang’ alat ini (lihat foto di bawah).

Kipas turbin itu kononnya dapat menambah kuasa enjin, namun nasib tidak menyebelahi kerana salah satu bilahnya terpatah. Mujurlah ada unit turbo yang menghalang kemasukan serpihan kipas itu dari masuk terus masuk ke dalam enjin.

Cuba bayangkan jika enjin yang digunakan dari jenis aspirasi alami (NA), sudah pasti ia ‘makan modal’ lebih besar. Hantaran ini telah mendapat pelbagai komen dari warganet, namun kami tertarik dengan hantaran terbaharu dari sahabat kami, Dr Aid Fawzal berhubung dengan isu ini.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Adakah benar produk sebegini benar-benar meningkatkan prestasi? Menurutnya, antara tips untuk menaikkan prestasi enjin, salah satunya adalah dengan menyumbat seberapa banyak campuran angin dan minyak/bahan bakar dalam kebuk pembakaran.

Kuasa enjin tu dapat daripada tenaga kimia yang ada dalam minyak (petrol/diesel/NGV/hidrogen). Lagi banyak kita boleh sumbatkan ke dalam enjin, lebih banyak kuasa yang boleh dihasilkan.

Tips yang kedua adalah dengan cara meningkatkan kecekapan enjin dalam mengubah tenaga kimia (daripada minyak) kepada tenaga mekanikal untuk penjimatan minyak.

Tambahnya, jika ada aksesori yang didakwa boleh menaikkan prestasi atau jimat minyak tapi tidak menggunakan dua konsep ini, ia sebenarnya adalah satu ‘pembohongan’ (scam). Untuk lebih memahami isu ini, Dr. Aid mengajak warganet berfikir tentang aksesori dalam gambar itu dengan cara paling mudah.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Jelasnya, cuba bayangkan anda menarik nafas tanpa ada halangan, sudah pasti berasa lega kan? Kemudian, cuba pula tarik nafas dengan ada halangan di depan hidung dan mulut, macam pakai pelitup muka ketika ini. Pasti anda akan rasa rimas, lemas dan sesak kan?

Seterusnya, cuba bayangkan di hadapan hidung dan mulut anda ada sebilah kipas, anda tarik nafas dan kipas itu berpusing. Adakah pusingan kipas tadi membantu pernafasan anda?

Semestinya tidak kerana kipas itu berpusing atas daya tarikan nafas. Kalau dalam situasi pertama paru-paru anda hanya perlu bekerja dengan biasa, manakala keadaan ketiga paru-paru anda perlu bekerja lebih pula, untuk menarik nafas dan memusingkan bilah kipas.

Pastinya ia tidak mendatangkan lebihan prestasi melainkan kesan plasebo (placebo effect) semata-mata. Terima kasih Dr Aid Fawzal atas perkongsian info ini, semoga ia bermanfaat buat semua!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bella Thompson

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply