ARKIB

KATEGORI

Info

Hati-hati semasa membeli angkup brek – Ini 5 cara untuk mengesan sama ada kit brek Brembo tulen atau tiruan

Info

Views

Membeli angkup brek berprestasi tinggi seperti Brembo, AP Racing, Endless dan lain-lain sememangnya pelaburan yang terbaik untuk keselamatan kereta anda. Sudah pasti angkup brek berjenama ini mempunyai barisan produk terbaik dan anda perlu mengorbankan lebih wang untuk mendapatkannya.

Namun, anda perlu berhati-hati apabila memilih angkup brek sebegini kerana dikhuatiri terbeli produk tiruan. Sekarang ini memang ada lambakan produk tiruan di pasaran dan ia boleh mendatangkan bahaya kepada anda kerana sudah pastilah barang ‘copy ori gred tripe A‘ tidak sama dengan produk tulen.

Memang barang tiruan ini harganya jauh lebih murah, tetapi anda harus ingat nyawa anda sendiri dan juga penumpang kereta anda tidak ternilai harganya. Lebih baik anda pakai sahaja angkup brek standard OEM dari kilang kerana ia sudah diuji dan terbukti keberkesanannya walaupun jenamanya tidaklah se’gah’ mana.

Bagaimana cara anda untuk mengenal pasti sama ada angkup brek itu tulen atau tiruan? Brembo telah mengeluarkan panduan bagaimana untuk memastikan produk yang dijual adalah tulen. Ini 5 cara untuk mengesan sama ada kit brek Brembo tulen atau tiruan:

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

1. Siapa yang menjual produk tersebut?

Mula-mula sekali yang paling mustahak sebelum membeli, anda perlu mengenal pasti dahulu senarai vendor atau pengedar sah produk tersebut di negara masing-masing. Brembo akan mengeluarkan satu senarai lengkap para pengedarnya di seluruh dunia dan selain itu anda juga boleh menyemak senarai harga serta produk yang bersesuaian dengan kehendak anda.

Jika anda mahu mendapatkannya secara dalam talian, semak pentauliahan penjual tersebut dan pastikan laman pembayaran adalah selamat. Selain itu, semak juga dasar pembayaran balik, kos penghantaran dan cuba hubungi nombor talian yang disediakan bagi mengetahui sama ada seseorang menjawab telefon ataupun tidak. Banyak scammer sekarang beb, jadi kena hati-hati!

2. Berapa harganya?

‘Barang ori’ jarang murah kecuali pengeluar bagi diskaun (tapi bukan yang melampau-lampau). Yang pasti produk tiruan harganya jauh lebih murah kerana kualiti dan prestasinya memang tidak akan sama dengan yang tulen. Brembo juga mencadangkan kepada anda untuk bertanya kepada penjual mengapa produk tersebut dijual dengan harga yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan vendor lain. Tengok apa dia kata, kalau lain macam je nampak sangat dia menipu.

3. Adakah produk tersebut tersenarai dalam katalog?

Setiap pengilang sudah pasti akan mengeluarkan katalog rasmi yang akan memaparkan senarai produk yang dikeluarkan setiap tahun. ‘Avon’ tiap-tiap tahun keluar katalog baharu, takkanlah syarikat macam Brembo ini langsung tak ada katalog kan? Anda boleh menyemak katalog ini untuk mengetahui sama ada produk yang ditawarkan itu benar-benar wujud.

Walaupun Brembo ada mengeluarkan produk khusus bagi jenama tertentu, namun bukan semua kenderaan termasuk dalam senarai mereka. Sekiranya masih lagi was-was, anda boleh berhubung dengan Pengedar Rasmi Brembo untuk mendapatkan kepastian.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

4. Adakah produk tersebut datang dengan pakej yang lengkap?

Biasanya, komponen yang tiruan akan datang secara berasingan. Menurut pemerhatian Brembo, kebanyakan komponen tiruan datang dalam bentuk angkup brek sahaja, bukannya kit yang lengkap. Untuk pengetahuan anda, Brembo tidak pernah menjual angkup brek secara berasingan kecuali dalam satu pakej yang lengkap.

Mereka berbuat demikian kerana komponen tersebut telah direka untuk berfungsi bersama-sama komponen yang lain, yang juga perlu diganti semasa angkup tersebut dipasang. Ada juga penjual barang tiruan menjual komponen Brembo tulen yang lama, tetapi telah dicat semula atau diperbaharui.

Jangan sekali-kali membeli produk sebegini dan pastikan anda membeli komponen yang baharu. Paling penitng jangan beli brek seken (terpakai) untuk kenderaan anda. Kit brek tulen Brembo terdiri daripada cakera, angkup, pengapit penyesuai (adapter clamp) dan pad.  Lagi satu, pastikan anda memasang kit yang direka khusus untuk kereta anda, jika tidak ia tidak sepadan dengan spesifikasi teknikal dan mungkin mengakibatkan kemalangan.

5. Kad Anti Pemalsuan

Akhir sekali, apa yang perlu tahu, semua Komponen Berprestasi Tinggi Brembo didatangkan dengan Kad Anti Pemalsuan. Kad ini disimpan dalam setiap kotak produk dan anda perlu menggores atau mengimbas kod QR atau pelekat hologram yang mengesahkan produk ini adalah tulen. Anda boleh menyemak status ketulenan produk yang dibeli dengan merujuk kepada kod enam-digit setelah menggoreskannya dan layari laman sesawang original.brembo.com untuk mengesahkannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply