ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hati-hati supaya tak tertipu dengan ‘taktik pusing odometer’ sebelum beli kereta import terpakai

Rencana

Views

Astro Awani melaporkan, sesebuah kereta import terpakai (recond) dilihat cantik luaran mungkin mempunyai prestasi tidak baik akibat ketidakjujuran sesetengah penjual yang memusingkan meter perbatuan atau odometer kepada angka perjalanan terendah.

Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Zulhaidi Mohd Jawi@Said menegaskan, paling penting pembeli merujuk ke media sosial atau bengkel yang dipercayai sebelum tertipu dengan taktik yang kelak boleh membahayakan nyawa mereka.

Katanya, ada kajian antarabangsa seluruh dunia, dalam urusan pembelian kereta terpakai, ada isu ketidakjujuran di mana penjual pusing odometer, apa tertera di odometer sebenar bukan angka sebenar. Biasanya meter tersebut akan dipusing kembali ke bawah, sejarah pengunaan disorok dan tidak diberitahu kepada pembeli.

Dalam pada itu katanya, kebanyakan kereta import terpakai yang berusia tiga sehingga lima tahun akan mula bermasalah dan memerlukan penukaran alat ganti. Paling penting katanya, penyelenggaraan dan kesedaran pemilik itu sendiri untuk memastikan tahap kenderaan dalam keadaan terbaik untuk berada di atas jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Beliau menasihatkan pengguna pertama supaya membuat kajian menyeluruh, ada kelebihan atau kemanisan apabila menggunakan kerta tersebut, memang diakui ada elemen mewah dan sebagainya. Mereka perlu menggunakan media sosial yang dalam pengamatannya ada ratusan ribu orang yang aktif.

Selain itu, ada laman yang khusus untuk kereta terpakai setiap model, laman untuk alat ganti, atau mereka juga boleh merujuk orang yang berpengetahuan dan bengkel yang dipercayai. Sementara itu, Pengasas scrut.my, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel menegaskan, aplikasi yang dibangunkannya dapat membantu pembeli mengetahui kondisi sebenar kenderaan import terpakai yang dibawa masuk ke negara ini.

Katanya, paling penting keselamatan pemilik selain menyarankan penjual sentiasa jujur dalam menjalankan urus niaga. Dengan aplikasi scrut, pihaknya boleh membantu pembeli yang hendak membeli kereta ‘recond’ untuk periksa keadaan sebenar, jadi kita tahu keadaan sebenar kereta itu semasa di luar negara.

Tambahnya, apabila membeli kereta di sini, kita yakin kereta dalam keadaan selamat dan juga boleh diguna pakai dalam masa yang lama. Kebanyakan pembeli membuat pinjaman sehingga sembilan tahun dan mereka perlu membeli kereta yang terbaik.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Pihaknya membuat solusi kepada penjual jujur yang boleh menyenaraikan kereta mereka dalam senarai scrut untuk ditunjukkan kepada orang ramai, ada bukti pembelian laporan dan diperiksa di fasiliti milik mereka. Nada sama diberi seorang lagi Pengasas scrut.my, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin yang memberitahu, data yang diperoleh akan menjadi rujukan dan bantuan pembeli agar tidak tertipu dengan penjual yang tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, usaha itu merupakan kesedaran pihaknya selepas melihat banyak penipuan dalam urusan pembelian kereta import terpakai dan mempelawa lebih banyak pihak membangunkan aplikasi seumpama itu untuk kemudahan masyarakat. Katanya, mereka telah berjaya buktikan penipuan penjual kereta ‘recond‘ selama ini, mereka bawa masuk kereta kemalangan, tetapi mengisytiharnya dalam keadaan baik.

Sementara itu, pengasas sebuah lagi pembangun aplikasi pemeriksa kereta import terpakai, recon.my, Mohd Akif Akmal berharap kerajaan dapat memberikan kerjasama serta pengiktirafan kepada mereka sebagai tempat pengesahan pihak ketiga agar masyarakat tidak terus tertipu dengan penjual yang tidak jujur.
Tegasnya, penjualan kereta yang tidak mencapai spesifikasi terbaik memungkinkan risiko kemalangan dan mengorbankan nyawa.

Rekod selenggara kereta import terpakai penting untuk mengetahui jangka hayat alat ganti yang harus ditukar pada masanya. Penipuan bacaan odometer memungkinkan alatan itu tidak ditukar pada tempoh sebenar sekali gus memungkinkan kemalangan atau kerosakan yang menyebabkan pemilik berbelanja lebih banyak untuk membaiki kenderaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply