ARKIB

KATEGORI

Buletin

Haval M4 Elite bakal diperkenal minggu ini

Views

Go Auto Sdn. Bhd. pengedar rasmi jenama Haval (dahulunya dikenali sebagai Great Wall Motor) bakal memperkenalkan model facelift Haval M4 Elite minggu ini. Model tersebut telah dipamerkan semasa NST-MAI ASEAN Auto Show tahun lalu. Model yang dipamerkan ketika itu ditambah dengan aksesori Elite. Sekali imbas SUV kompak dalam segmen-B ini nampak seperti Range Rover Evoque versi mini terutama sekali dibahagian depan.

Great Wall M4 facelift
Foto Haval M4

Sedikit informasi mengenai model Haval M4 Elite :

ENJIN & TRANSMISI
– Haval M4 Elite dijana dengan enjin petrol 1.5 liter beraspirasi semulajadi dengan VVT MPI empat silinder.
– Enjin ini berkuasa 105 hp pada 6,000 rpm dengan 138 Nm pada 4,200 rpm.
– Dipadankan dengan transmisi automatik manual (AMT).

REKABENTUK
– Lampu depan projektor baharu dengan lampu posisi LED.
– Lampu nyalaan siang LED (DRL) dibahagian bersama lampu kabus pada bumpar depan.
– Jeriji hadapan baharu dengan reka bentuk heksagon.
– Aksesori Elite termasuk kit badan dan rim bersaiz 16 inci.

KESELAMATAN
– Dua beg udara untuk penumpang hadapan.
– ABS dengan EBD dan Bantuan Brek.
– Kawalan Cengkaman.
– Hill Start Assist.

Haval M4 Elite Great Wall M4 facelift Great Wall M4 facelift - tiga suku

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply