ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hentak cermin Myvi dengan topi keledar, tiga lelaki diburu polis

Tular

Views

Berang motosikal ditunggang mereka dihimpit, seorang lelaki dilaporkan memukul cermin kereta pengguna jalan raya dengan topi keledar.

Harian Metro melaporkan, kejadian itu dilaporkan berlaku jam 11 pagi kelmarin di persimpangan lampu isyarat Jalan Lundang. Aksi berkenaan sempat dirakamkan oleh pengguna jalan raya lain sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian pengadu yang berusia 31 tahun memandu Perodua Myvi bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam perjalanan untuk pergi berniaga.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Jelas beliau, sebaik tiba di Jalan Lundang, dia didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali menunggang dua motosikal. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, seorang daripada suspek memukul cermin sisi kiri bahagian belakang kereta mangsa dengan topi keledar.

Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan hampir menghimpit motosikal yang dinaiki kumpulan suspek sebelum mereka mengekori kereta mangsa sehingga berhenti di lampu isyarat itu.

Abdul Rahim berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa mahupun kerosakan terhadap kereta milik mangsa. Katanya, beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Usaha mengesan dan menangkap semua suspek yang terbabit sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 279 Kanun Keseksaan (KK). Terdahulu dua video masing-masing berdurasi 36 dan 37 saat berkaitan kejadian tular sejak kelmarin.

Rakaman itu memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal memukul cermin kereta seorang pengguna jalan raya dengan topi keledar dalam keadaan kenderaan masing-masing bergerak dan kelihatan kereta jenis Perodua Myvi cuba menghimpit motosikal.

Rakaman video kedua pula menunjukkan tindakan sama dilakukan sebaik berhenti di persimpangan lampu isyarat dan seorang lagi penunggang motosikal yang dipercayai rakannya turut mendekati kereta itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply