ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hilang pendapatan selama 6 bulan – Ustaz Ebit Lew sumbang barangan dapur buat 250 pemandu bas dan van sekolah

Tular

Views

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, pemandu bas dan van sekolah antara yang sangat terkesan akibat wabak tersebut berikutan sekolah terpaksa ditutup hingga mereka kehilangan mata pencarian. Sedih mengenang nasib mereka, pendakwah bebas, usahawan dan juga dermawan, Ustaz Ebit Lew tampil untuk memberikan sedikit sumbangan berupa barangan dapur untuk 250 orang pemandu, petang semalam.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menerusi akaun Facebook rasminya, beliau merasa amat sedih kerana dalam tahun ini pemandu bas dan van sekoalah itu hanya mempunyai pendapatan selama enam bulan sahaja, manakala baki enam bulan lagi langsung tiada. Katanya lagi, ada di kalangan mereka menjadi penghantar makanan, menjual kuih dan berniaga secara kecil-kecilan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tambah beliau, ramai juga di antara mereka terdiri dari golongan wanita dan mereka sangat berterima kasih kepadanya atas sumbangan tersebut. Selain itu, Ustaz Ebit Lew turut menghulurkan sedikit wang belanja kepada beberapa orang daripada pemandu ini kerana katanya, tanpa mereka sukar bagi ibu bapa untuk menguruskan penghantaran anak-anak mereka ke sekolah.

Semoga Allah memberkati usaha Ustaz Ebit Lew.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ustaz Ebit Lew

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply