ARKIB

KATEGORI

Buletin

Himpunan Ducati Monster Asia pertama catat kejayaan besar

Views

Asia Ducati Monster Gathering_027

Ketenangan suasana Pulau Mutiara, Pulau Pinang Pulau telah diambil oleh Ribut Gergasi Merah kerana ratusan pemilik Ducati Monster bersatu untuk acara pertama Asia Ducati Monster Gathering pada hujung minggu lalu. Ini merupakan perhimpunan luar biasa yang dianjurkan oleh jenama motosikal ikonik Itali, Ducati
dan disokong oleh Next Bike Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Naza Group yang merupakan pengimport dan pengedar tunggal untuk jenama Ducati di Malaysia.

Acara ini dianjurkan sebagai pengiktirafan dan penghargaan oleh Ducati serta memperingati Ulang Tahun ke-20 Ducati Monster! Ini perhimpunan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Perhimpunan Ducati akan datang dijangka akan diadakan pada musim luruh ini di Eropah.

Sambutan khusus untuk Ducati Monster telah mendapat penyertaan aktif daripada sekurang-kurangnya ratusan penunggang Monster dan menarik lebih daripada 500 pengunjung untuk menyertai keseronokan hujung minggu. Perhimpunan ini menandakan satu lagi kejayaan untuk Ducati kerana ia akan menjadi perhimpunan terbesar Monsters dalam sejarah Ducati di Asia.

Pemilik Ducati atau lebih mesra dengan gelaran Ducatisti telah disajikan dengan siri aktiviti keseronokan di Gurney Paragon Mall yang terletak bersebelahan Gurney Drive Pulau Pinang. Para peserta telah disambut dengan persembahan tarian, seni lukisan badan, mencuci motosikal dan Buffet Monster. Kemuncak acara adalah konsert secara langsung oleh One Nation Emcee, pertandingan Miss & Mr Monster serta sesi cabutan bertuah di mana pemenang bertuah memenangi barangan menarik dari Ducati.

Pada hari berikutnya, pemilik Ducati bersiar-siar di sepanjang pantai Pulau Pinang dan menutup acara Asia Ducati Monster Gathering dengan melawat rumah kebajikan – Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang. Selaras dengan semangat aktiviti CSR, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza menyampaikan sumbangan sebanyak RM 10,000 dan membantu rumah amal tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply