ARKIB

KATEGORI

Buletin

HLYM perkenal Yamaha Y15ZR 2023 dengan empat warna baharu- Harga RM8,998

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan ‘Raja Jalanan’, Yamaha Y15ZR 2023 yang dikemaskini dengan empat pilihan warna baharu, iaitu kuning, perak, hijau matt dan jingga.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Harga runcit yang disyorkan adalah RM8,998 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans), naik RM500 berbanding harga model sebelumnya RM8,498.

Kapcai ini masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal (SOHC) 150 cc sejukan cecair yang menghasilkan 15.5 PS pada 8,500 rpm dan 14.4 Nm daya kilas pada 6,500 rpm.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Enjin Euro4 ini dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan bersama cekam jenis basah berbilang plat. Y15ZR 2023 didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

Setiap pembelian model ini juga akan turut menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. Ia boleh didapati bermula hari ini di semua cawangan pengedar sah HLYM seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply