ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ho Wah Genting Bhd bawa masuk kereta elektrik mampu milik Seiyong S1 – Harga dari RM44,256

Berita Tempatan

Views

Ho Wah Genting Bhd bakal memperkenalkan sebuah model kenderaan elektrik (EV), Seiyong S1 ke pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat. Menurut New Straits Time, model yang digelar sebagai “Little Bee” itu telah dilancarkan pada 2019 dan merupakan kenderaan elektrik pintar yang mempunyai jarak perjalanan 302 kilometer untuk sekali cas penuh.

Apa yang menarik, ia hanya memerlukan 40 minit untuk mencapai kapasiti penuh. Menurut ketua pegawai eksekutif Ho Wah, Datuk Aaron Lim, industri EV kini sedang berkembang dan kumpulan tersebut percaya Seiyong S1 mampu untuk mendorong industri kenderaan elektrik di Malaysia ke masa depan yang lebih cerah.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Tambahnya, strategi pembangunan inovatif Seiyong Motor telah menunjukkan bahawa ia mempunyai rancangan pengembangan pasaran yang kuat dan daya saing utamanya yang merupakan salah satu faktor kejayaan mereka.

Ujar beliau lagi, dalam tempoh tiga hingga lima tahun ke hadapan, pihaknya percaya Seiyong Motor bakal menjadi pemain utama dalam industri kenderaan elektrik global dengan Seiyong S1. Bateri Seiyong S1 yang tahan lama menawarkan pengguna pengalaman pemanduan selamat dan pada masa yang sama tidak mengabaikan prestasi.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Difahamkan model hatchback kompak ini mampu mencapai halaju maksima melebihi 110km sejam. Dari segi reka bentuk, ia menampilkan rekaan luaran yang agak ranggi. Rekaan dalamannya juga agak menarik dan kemas dengan beberapa ciri canggih seperti paparan dongak (head-up), meter digital, kamera 360 darjah serta brek parkir elektronik.

Di China, model ini dijual pada harga yang mampu milik, sekitar 70,000 hingga 90,000 Yuan atau bersamaan RM44,256 hingga RM56,900. Seiyong S1 disasarkan untuk kumpulan pengguna seperti suri rumah, pelajar kolej hingga ke eksekutif korporat dan pekerja kolar-putih. Model ini dihasilkan oleh Seiyong Motor Co Ltd yang telah diperbadankan di Beijing pada 2017 dengan modal berdaftar sebanyak 262.4 juta Yuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply