ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda ADV 150 akhirnya tiba di Malaysia – Harga RM11,999

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, penantian para peminat jentera dua roda khususnya jenis skuter kembara tamat malam ini dengan pelancaran rasmi Honda ADV 150 untuk pasaran Malaysia. Menerusi siaran langsung secara maya, Boon Siew Honda meletakkan tanda harga RM11,999 untuk model ini tidak termasuk insurans.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Grey Metallic dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai model Honda ADV 150:

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

  • Enjin silinder tunggal 149.3cc SOHC sejukan cecair dwi injap empat lejang dengan suntikan bahan api PGM-FI yang mampu menghasilkan 10.9 kW dan 13.9Nm daya kilas.
  • Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik V-Matic yang menggunakan cekam automatik jenis emparan kering.
  • Kapasiti tangki bahan api 8 liter.
  • Menggunakan kerangka jenis Double Cradle.
  • Ukuran dimensi 1,950mm panjang, 763mm lebar, 1,153mm tinggi dengan jarak antara gandar 1,324mm.
  • Sistem suspensi depan menggunakan teleskopik dan subtangki berkembar di belakang.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

  • Sistem brek depan menggunakan cakera hidraulik dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), manakala di belakang pula menggunakan cakera hidraulik sahaja.
  • Gaya skuter moden dan terkini dengan lampu depan jenis LED bersama lampu siang LED (DRL).
  • Penghadang angin depan yang boleh dilaraskan pada dua posisi ketinggian.
  • Lampu belakang berbentuk X dan lampu kecemasan jenis LED.
  • Sistem kunci pintar Honda SMART Key.
  • Soket pengecas dalam ruang simpanan hadapan.
  • Paparan meter digital menggunakan panel LCD.
  • Ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk berkapasiti 28 liter.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply