ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda bakal lancar Civic Type R baharu di Malaysia Autoshow 2017

Views

Berita ini bakal menggemuruhkan adrenalin peminat-peminat jentera Type R di Malaysia! Setelah membuka tempahan sejak 1 Oktober 2017, Honda Malaysia bakal melancarkan model yang paling dinantikan, Civic Type R baharu di Malaysia Autoshow 2017. Model Honda paling berkuasa ini mencatatkan rekod sebagai kereta pengeluaran pacuan-roda hadapan terpantas di dunia dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat di Litar Nurburgring Jerman pada bulan April tahun ini.

BACA >> Honda Civic Type R tiba di Malaysia – Tempahan dibuka mulai 1 Oktober 2017!

Civic Type R juga telah dipertontonkan kepada umum sempena Formula One Petronas Grand Prix 2017 baru-baru ini. Ia dikuasakan oleh enjin 2.0-liter VTEC dengan pengecas turbo yang mengeluarkan output sebanyak 310PS dan tork maksimum 400NM. Enjin berprestasi tinggi ini digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan manual yang dibangunkan oleh pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Honda, yang menjanjikan pertukaran gear yang tepat.

Kami pun tak sabar nak tahu berapa harganya nanti, jom ke Malaysia Autoshow 2017 yang akan bermula pada 9-12 November 2017 di MAEPS, Serdang nanti ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply