ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda bakal perkenalkan dua model CKD tahun ini

Views

Minggu lalu, Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan prestasi jualan syarikat untuk tahun 2015 dan juga perancangan serta strategi bagi tahun 2016. Honda telah berjaya menerajui Segmen Kenderaan Bukan Nasional dengan rekod jualan 94,902 unit kenderaan selain menguasai 14.2% perkongsian pasaran. Untuk bulan Disember tahun lalu jualan kenderaannya mencecah rekod bulanan tertinggi dengan 10,741 unit.

Honda CR-V serta HR-V yang dilancarkan tahun lalu menerima sambutan hangat daripada pengguna di Malaysia selain pengukuhan permintaan terhadap model City dan Jazz yang menyumbang kira-kira 58% kepada jualan keseluruhan. Honda juga berjaya menembusi pasaran Malaysia Timur dengan menyumbang pertumbuhan jualan paling tinggi iaitu 36% berbanding tahun sebelumnya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, “Walaupun berdepan dengan kelembapan ekonomi berikutan penyusutan nilai Ringgit, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan kejatuhan harga minyak, Honda masih mampu memperoleh pencapaian yang baik Honda masih mampu memperoleh pencapaian yang baik.”

Untuk tahun 2016, Honda telah menetapkan sasaran jualan sebanyak 90,000 unit. Sasaran ini dibuat meskipun TIV dijangka akan menyusut di antara 4% hingga 5% atau sebanyak 630,000 hingga 640,000 unit pada tahun 2016.

Dua model CKD (Completely Knock-Down) yang dilengkapi pelbagai ciri termaju bakal dilancarkan pada tahun ini. “Fokus kami adalah untuk terus mencapai kepuasan pelanggan ke tahap paling tinggi dan akan menambah jumlah pengedaran serta Pusat Badan dan Cat (BP) selain memperkenalkan pengedar Satelit 2S untuk menjangkau para pelanggan di kawasan pinggir bandar.” tambah Ueno.

Untuk pasaran Malaysia Timur pula, Honda telah membuka Pejabat Serantau di Kota Kinabalu dan bakal membuka sebuah pusat latihan teknikal untuk menyediakan latihan intensif serta menambah baik kemahiran juruteknik servis pada masa akan datang.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply