ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda BR-V kini dengan dua warna baharu

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan dua warna baharu, iaitu Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic untuk model ‘Bold Runabout Vehicle‘ (BR-V). Kedua-dua warna ini akan menggantikan warna Passion Red Pearl dan Modern Steel Metallic.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, kedua-dua warna ini mula diperkenalkan pada model City Hatchback, City, Civic dan juga Accord (em>Meteoroid Gray Metallic sahaja).

Warna ini telah mendapat sambutan yang cukup baik dan ia diteruskan pula kepada model BR-V. Sejak diperkenalkan pada Jun 2020, model facelift BR-V telah terjual lebih dari 5,700 unit setakat April 2022.

 

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC dengan padanan transmisi CVT yang mampu menjana output sebanyak 120PS. Varian V pula dilengkapi dengan tuil gear tangan (paddle shift).

Untuk maklumat lanjut mengenai warna baharu ini, kunjungi mana-mana cawangan pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi Talian Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply