ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda BR-V kumpul 4,000 tempahan dalam masa tiga minggu

Views

Honda Malaysia memulakan tahun 2017 dengan penuh bergaya setelah model BR-V telah berjaya mengumpul sebanyak 4,000 tempahan dalam masa tiga minggu. Ini sekaligus melepasi sasaran awal jualan bulanan syarikat sebanyak 800 unit dan ia bersamaan dengan jumlah jualan untuk lima bulan.

Tempoh menunggu dan penghantaran BR-V masih kekal satu atau dua bulan kerana Honda Malaysia berupaya mengubah jadual pengeluaran berdasarkan permintaan, dan kilang kini beroperasi dengan dua barisan pengeluaran. Varian V mencatatkan 83 peratus daripada jumpah keseluruhan tempahan manakala baki 17 peratus lagi untuk varian E.

BR-V serba baharu juga merupakan model pertama dari pusat Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) yang dilancarkan di Malaysia. Crossover tujuh tempat duduk ini amat sesuai untuk kegunaan keluarga dan mempunyai ruang bagasi 223L apabila kesemua tempat duduk digunakan dan akan bertambah kepada 539L apabila tempat duduk baris ketiga dilipat. Ia dilengkapi dengan penjana kuasa dengan output 120PS dan mempunyai lega bumi paling tinggi, 201mm.

BR-V telah diberi penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan terkini seperti Dua Beg Udara SRS Hadapan, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan ISOFix.

Untuk menghargai dan berkongsi kejayaan ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Honda Malaysia, En. Katsuto Hayashi, melancarkan projek khas dengan menghantar kad hari lahir istimewa yang dihiasi dengan imej BR-V hasil lukisan tangannya kepada semua pelanggan Honda.

Untuk maklumat lanjut mengenai BR-V atau sesi pandu uji, segeralah berkunjung ke 88 pusat jualan bertauliah Honda seluruh negara atau hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau melayari laman sesawang www.honda.com.my. Syabas dan tahniah Honda Malaysia atas kejayaan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

honda br-v belakang honda br-v depan honda br-v watercolour

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Ini pun Proton masih cakap segmen SUV/Crossover di malaysia tiada market lagi ka?

    Ok.. Proton lebih arif mengenai market daripada Honda..


  • Ni SUV ke MPV.? Lebih kepada MPV fungsinya. Ada pacuan 4 roda ke? Mungkin tidak. Jadi bukan MPV jauh sekali SUV. Ia adalah BR-V pacuan hadapan


  • Ironinya..
    Exora jika wheel arch dan fender yang lebih besar dipasang cladding dah boleh dipanggil BR-V.. Exora Bold Runabout Vehicle..
    Jangan lupa roof rack carrier atau car top carrier..


    • Ironinya..
      Ketika KLIMS 2010, Proton telah melancarkan sebuah concept ala-ala BR-V mengunakan platform Exora bernama Lekiu. 7 tahun kemudian, masih tiada bayang.


    • Exora Bold model semasa sudah diPasang cladding Dan semua variannya adalah turbo. Cuma Honda lebih Bold berbanding Exora Bold. Di atas kertas Exora Bold lebih baik dalam banyak perkara berbanding Honda Bold Runabout Itu sendiri. Dan Exora Bold lebih murah daripada Honda Bold Runabout. Jangan lupa Exora Bold diiktiraf 4-star Euro Ncap.


  • Exora Bold FL keseluruhannya adalah jauh lebih baik dibandingkan Honda Bold Runabout.. Dijangka dilancarkan Disember ini dan menggunakan enjin EURO6 1.5L T-GDI 180hp Manumatic..

Leave a Reply