ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda BR-V raih 5-bintang ASEAN NCAP

Views

ASEAN NCAP atau Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara ASEAN telah melakukan ujian untuk kenderaan kelima keluaran Honda, SUV 7-tempat duduk BR-V serba baharu. Keputusan itu diumumkan sempena Bengkel Bantuan Keselamatan ASEAN NCAP yang diadakan di Johor Bahru pada 31 Mac-1 April 2016.

Untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), BR-V mencatatkan 14.79 mata. Berdasarkan prasyarat yang ditetapkan oleh ASEAN NCAP, hanya varian BR-V yang dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Sistem Peringatan Tali pinggang Keledar (Seatbelt Reminder System – SBR) untuk penumpang hadapan layak mendapat penarafan 5-Bintang, manakala varian yang tidak dilengkapi dengan teknologi ini hanya menerima 4-Bintang (AOP).

Bagi Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) pula, model yang memenuhi 72 peratus pematuhan ujian mencapai penarafan 4-Bintang. Pengerusi ASEAN NCAP, Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, “Honda BR-V membuktikan betapa pentingnya kereta yang dipasarkan di rantau ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Kami berharap usaha kami memberi kesan yang besar untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kereta yang lebih selamat.”

honda brv asean ncap - keputusan

Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Khairil Anwar Abu Kassim pula berkata BR-V ialah SUV Honda ketiga yang telah diuji oleh mereka, sekaligus melengkapkan kesemua model SUV yang dijual oleh Honda di rantau ASEAN.

Beliau menambah “Perlu diingatkan bahawa varian BR-V yang mendapat penarafan 5-bintang ialah varian tertinggi yang dilengkapi dengan ESC dan SBR. Usaha Asean NCAP ialah untuk memastikan kesemua varian akan datang lengkap dengan semua teknologi keselamatan tersebut,”. Walaubagaimanapun, kami menyasarkan untuk varian yang paling rendah dilengkapi dengan teknologi yang sama agar semua orang mendapat manfaat daripadanya.”

Berikut adalah intipati keputusan Honda HR-V.

  • Honda BR-V merupakan SUV kelapan yang diuji oleh ASEAN NCAP selepas Subaru XV (Mei 2013), Mitsubishi Pajero Sport (Julai 2013), CR-V (Februari 2014), Suzuki S-Cross (Februari 2013), HR-V (Mei 2015), Toyota Rush (Mei 2015) dan GWM Haval M4 (Jun 2015).
  • Skor Honda BR-V (AOP) lebih tinggi daripada pesaingnya, Subaru XV, Mitsubishi Pajero Sport, Toyota Rush dan GWM Haval M4.
  • Bagi kategori COP, Toyota Rush dan Haval M4 mencatat prestasi yang lebih baik daripada BR-V.
  • ESC dan SBR untuk penumpang hadapan boleh didapati dalam varian lebih tinggi manakala ISOFIX dan penambat atas (top tether) merupakan aksesori standard untuk semua varian.

Menurut maklumat yang kami perolehi dari sumber terdekat, Honda Malaysia Sdn Bhd bakal memperkenalkan BR-V ke pasaran Malaysia pada tahun ini. Namun maklumat lanjut mengenainya masih belum diperolehi.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply