ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CBR250RR sudah tiba, harga RM25,999 – CBU dari Indonesia

Berita Tempatan

Views

Satu lagi pelancaran model motosikal baharu telah dibuat secara maya malam tadi. Setelah tiga tahun menunggu, akhirnya peminat jentera dua roda di Malaysia berpeluang untuk memiliki sportbike suku liter Honda CBR250RR yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.

Menurut rakan kami di Pandulaju.com.my, unit ini merupakan versi paling premium yang dijana oleh enjin dwi-silinder 4-lejang 249cc DOHC penyejukan air PGM-FI baharu berkuasa 39 kuasa kuda pada 13,000rpm dengan 25Nm daya kilas pada 11,000rpm.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

CBR250RR mempunyai tiga mod tunggangan, dengan sistem pendikit menerusi wayar (throttle-by-wire) yang dipertingkatkan. Kuasa enjin motosikal ini berjaya ditambah menerusi rekaan omboh baharu yang dinaik taraf bagi meningkatkan nisbah mampatan 12:1, berbanding 11:5 pada model sebelumnya.

Alur gegelang ombohnya pula disadur dengan timah, manakala conrodnya telah diperkukuhkan. Diameter syaf pengimbang (balancer shaft) telah dikurangkan bagi meminimumkan kehilangan geseran, termasuk beban spring injap dan tambahan takuk (notch) pada hujung bawah silinder untuk mengurangkan kehilangan kuasa pam pada mesin.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Sportbike ini mempunyai ciri klac anti-gelincir (Assist & Slipper) dan anjakan gear deras (Quick Shifter). Geseran sepit (fork) depan Showa SFF telah dikurangkan manakala kekuatan peredam dioptimumkan bagi memudahkan pengendalian tunggangan di dalam bandar dan juga di litar.

Ia juga masih mengekalkan struktur asasnya seperti kerangka keluli tahan karat yang mengimbangi fleksibiliti dan tidak simetri lengan ayun (swingarm) dengan suspensi monoshock Prolink. CBR250RR turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang didatangkan sebagai ciri standard.

Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic dengan harga jualan RM25,999 (atas jalan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran). CBR250RR boleh didapati di Honda BigWing, serta pengedar Impian X dan Impian yang berhampiran di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pandulaju.com.my

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply