ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City 2020 dipanggil balik, penghantaran terpaksa dibekukan buat sementara

Berita Global

Views

Portal IndianAutosBlog.com melaporkan, model terbaharu Honda City 2020 telah dipanggil balik dan penghantaran terpaksa dihentikan buat sementara di Thailand, negara pertama yang menerima model tersebut. Model serba baharu itu dilancarkan di Thailand semasa Thai Motor Expo 2019 yang berlangsung pada 25 November 2019.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Honda kini dikhbarkan sedang bergelut dengan isu kualiti di seluruh dunia. Sebelum ini, mereka mengahadapi masalah dengan brek parkir elektrik pada model generasi baharu N-WGN dan Jazz (Fit) di Jepun. Disebabkan itu mereka terpaksa menghentikan pengeluaran model sebelumnya dan menangguhkan pelancaran model baharu.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Ketika ini City 2020 pula mengalami kelewatan dan menurut dokumen yang dihantar oleh Honda kepada para pengedarnya mengarahkan penghantaran model itu dibekukan sementara hingga dimaklumkan kemudian. Selain itu Honda turut meminta mereka untuk mendapatkan kembali unit-unit yang telah diserahkan kepada pelanggan.

Ia dikatakan berpunca daripada window run channel, satu lapisan getah yang terdapat sekitar cermin pada pintu. Honda kini sedang menyiasat isu tersebut dan akan memaklumkan kepada para pengedar sekiranya ada sebarang kemaskini dibuat. Dalam artikel terdahulu, City 2020 dijangka tiba di Malaysia tahun ini dan besar kemungkinan pelancarannya bakal dibuat pada separuh pertama 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply