ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City baharu dapat hampir 9K tempahan – Varian V paling popular

Berita Tempatan

Views

Berita ini pastinya mengujakan para peminat jenama berlogo “H” di Malaysia. Honda Malaysia hari ini mengumumkan generasi kelima City yang dilancarkan bulan lalu telah berjaya mencatatkan hampir 9,000 unit tempahan hingga ke hari ini. Antara ketiga-tiga varian yang ditawarkan, varian V muncul paling popular dengan mengumpul 54 peratus dari jumlah keseluruhan tempahan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Sejak ia dilancarkan, model ini menerima permintaan tinggi dari para pelanggan di kawasan Tengah, yang menyumbang jumlh tempahan tertinggi iaitu 44 peratus dari jumlah keseluruhan tempahan, diikuti kawasan Utara sebanyak 22 peratus dan kawasan Selatan pula sebanyak 19 peratus.

Dari segi warna pula, Platinum White Pearl muncul sebagai warna yang sangat digemari, dengan mewakili 28 peratus jumlah jualan keseluruhan model sedan segmen-B ini. Setakat ini, lebih dari 2,400 unit City serba baharu telah selamat dihantar kepada pemiliknya di seluruh negara.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, generasi kelima City mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan tempahan telah meningkat sebanyak 80 peratus dalam tempoh sebulan selepas pelancaran rasminya.

Tambah beliau, pihaknya amat berterima kasih kepada pelanggan yang terus-menerus menyokong dan ramai pelanggan mengambil kesempatan untuk membeli kereta baharu sempena tempoh ‘cuti cukai’ sehingga hujung tahun ini. Kata beliau lagi, harga yang menarik serta penambahan ciri-ciri canggih merupakan daya penarik yang mendorong kepada jumlah tempahan yang sangat menggalakkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply