ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City dah jumpa, suspek je belum lagi…

Berita Tempatan

Views

Polis menemukan kereta yang dinaiki lelaki ketika melarikan diri selepas disyaki terbabit dalam insiden kecurian dalam sebuah pasar raya di Tebrau, di Johor Bahru, Rabu lalu.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kereta Honda City berwarna merah itu ditemui di kawasan perumahan di Larkin pada 12.33 tengah malam semalam.

Ujar beliau, pihaknya baharu menjumpai kereta dinaiki suspek yang ditinggalkan di Larkin, semalam. Bagaimanapun, suspek masih belum ditemui.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Polis percaya suspek lelaki itu masih lagi berada di dalam negeri ini dan usaha menjejakinya sedang dijalankan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis memburu suspek bernama Muhammad Firdaus Shamsudin, 33, yang melarikan diri sejurus dikesan pengurusan pasar raya kerana disyaki mencuri dalam premis itu.

Malah, suspek yang beralamat di Gemas, Negeri Sembilan itu turut dilaporkan memandu Honda City secara berbahaya sehingga merosakkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di parkir pasar raya terbabit ketika cuba melarikan diri.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Semakan polis mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah membabitkan kes curi dalam bangunan, selain dua rekod jenayah lain, satu rekod kes dadah dan dua rekod dikehendaki polis juga dalam kes dadah.

Dalam kejadian itu, seorang wanita tempatan berusia 31 tahun yang bersama-sama dengan suspek lelaki itu berjaya ditahan pengurusan pasar raya.

Barangan yang disyaki dicuri mereka adalah pelbagai jenis coklat, ubat gastrik, penyangkut tempat duduk (seat hook) dan pemegang telefon bimbit dengan nilai keseluruhan RM952.19.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin di talian 017-3498690 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian di 07-2182323.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply