ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City Hatchback kini dibuka untuk tempahan

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan tempahan bagi model City Hatchback kini dibuka di semua pengedar sahnya seluruh negara. City Hatchback dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat (Q4) tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pengenalan City Hatchback merupakan sejarah penting buat Honda di Malaysia kerana buat julung kalinya menawarkan model City dalam bentuk hatchback.

Tambahnya, Honda bukan baharu dalam segmen ini di Malaysia kerana sebelum ini telah memperkenalkan model Jazz sejak 2003 dan ia telah terjual lebih dari 122,000 unit sehingga kini. Pihaknya percaya City Hatchback akan menjadi penanda aras dan bakal menjadi “kereta hatchback paling popular” di kalangan rakyat Malaysia.

City Hatchback akan ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, iaitu e:HEV dan petrol. Varian City Hatchback RS e:HEV dijana oleh trenkuasa 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang menampilkan sistem hibrid menggandingkan enjin petrol dan motor elektrik.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Ia mampu menjana kuasa sebanyak 109PS dengan 253Nm daya kilas, setanding dengan enjin dalam kereta segmen-D. Versi petrolnya pula dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121PS dan 145Nm daya kilas.

Dari segi penampilan, City Hatchback RS e:HEV dilengkapi dengan jeriji hadapan kemasan hitam piano, sayap hitam dan cermin sisi kemasan hitam berkilat bagi memberikan ekspresi dwitona. Ia turut dilengkapi bentuk eksklusif RS di beberapa tempat seperti bawah jeriji, kemasan lampu kabus dan bampar belakang.

Bentuk bampar belakangnya direka khusus untuk hatchback dan dilengkapi dengan diffusor. Penampilan luaran varian RS e:HEV dan V turut dilengkapi lampu hadapan jenis LED dengan lampu siang LED (DRL), lampu kabus depan LED, lampu belakang LED dan rim aloi 16-inci.

Ciri popular dari Honda Jazz iaitu ULTRA Seat 4-Mod turut ditawarkan pada model ini yang membolehkan pemiliknya memilih empat mod kofigurasi iaitu Utility, Long, Tall dan Refresh. Satu lagi ciri canggih dan pertama dalam segmennya adalah Penghidup Enjin Kawalan Jauh untuk varian RS e:HEV dan V.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Pengudaraan Pendingin Hawa Belakang memberikan keselesaan serta kemudahan buat penumpang di belakang, manakala Brek Parkir Elektrik (EPB) membolehkan pemandu mengaktifkan atau menyahaktifkan brek parkir dengan menekan butang, namun ia eksklusif untuk varian RS e:HEV sahaja.

City Hatchback merupakan model pertama dalam segmennya (varian RS e:HEV) yang menawarkan pakej lengap Honda SENSING yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Pertembungan Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Terbabas (RDM)
  • Amaran Berlepas Laluan (LDW)
  • Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, varian City Hatchback RS e:HEV dan V turut dilengkapi dengan Honda LaneWatch yang mengurangkan titik buta dengan memberikan visual masa-nyata yang dipaparkan pada sistem infohibur semasa signal belok kiri diaktifkan atau dengan menekan butang LaneWatch.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply