ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City Hatchback – Pengganti Jazz buat kemunculan sulung di Thailand

Berita Global

Views
The City Hatchback “For Whatever Moves Me”

Akhirnya, Honda City Hatchback telah dilancarkan di Thailand menerusi siaran langsung maya hari ini. Ia ditawarkan dengan tiga pilihan varian, bermula dengan varian paling asas iaitu S+, diikuti SV dan yang tertinggi RS.

Model yang diwar-warkan bakal menjadi pengganti Jazz di pasaran ASEAN ini dijual pada harga 599,000 baht (RM80,750) untuk varian S+, 675,000 baht (RM90,996) untuk varian SV dan 749,000 baht (RM100,971) untuk varian RS.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

City Hatchback dikuasakan oleh enjin 1.0 liter (998 cc) tiga-silinder VTEC Turbo yang mampu menjana 122 PS pada 5,500 rpm, dengan daya kilas maksima 173 Nm dari 2,000 hingga 4,500 rpm. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi CVT.

Ia menampilkan reka bentuk asas yang serupa dengan versi sedannya bermula dari depan hinggalah ke tiang-C yang diolah kepada bentuk hatchback. Senang cerita, ia mengimbau kembali konsep yang pernah digunapakai oleh Proton sebelum ini pada model Prevé dan Suprima.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Sekilas pandang, ia persis model Mercedes-Benz A-Class dari arah belakang. Sudah semestinya dari segi ukuran dimensi, panjang model versi ‘kontot’ ini berkurangan 208 mm berbanding versi sedan. Sungguh pun begitu, ia masih mengekalkan konfigurasi tempat duduk Ultra pada model Jazz yang boleh diubah kepada empat mod berbeza seperti utiliti, panjang, tinggi dan segar (refresh).

Dari segi keselamatan, varian paling asasnya dilengkapi dengan empat beg udara, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), bantuan mula mendaki (HSA), sistem brek ABS dan EBD serta ISOFIX. Model ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri terkini seperti sistem infohiburan yang menyokong Apple Car Play/Android Auto, Honda CONNECT serta kamera undur pandangan pelbagai sudut.

City Hatchback ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Crystal Black Pearl, Sonic Grey Pearl, Taffeta White dan warna baharu Meteor Grey Metallic. Model ini dijangka tiba ke pasaran Malaysia suku ketiga/keempat tahun hadapan dan ia akan dipasang secara tempatan (CKD) di Melaka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply