ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City rempuh batu konkrit plaza tol – Pemandu maut ditempat kejadian

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh batu konkrit di Tol Plaza Setia Alam hari ini. Menurut MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian itu berlaku pukul 3 petang tadi.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Semasa kejadian, mangsa berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Setia Alam menuju ke pusat bandar Shah Alam. Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City berwarna hitam hilang kawalan dan merempuh batu konkrit pembahagi lorong tol Smart Tag Setia Alam di sebelah kiri.

Katanya, akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa musnah sepenuhnya termasuk enjin manakala mangsa tersepit di bahagian pemandu. Tambah Baharudin, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa memotong kenderaan tersebut sebelum mengeluarkan mangsa.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Namun mangsa yang tidak bekerja telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Baharudin juga memaklumkan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014- 806 6744.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply