ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic facelift 2025 diluncurkan – Empat varian, harga bermula dari RM133,900

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model pertama mereka untuk tahun 2025, iaitu Civic facelift. Tempahan model sedan ini telah pun mula dibuka sejak 12 Disember 2024 dan ia ditawarkan dengan empat pilihan varian.

Berikut adalah pilihan varian yang ditawarkan dan harga Civic facelift 2025 (harga tidak termasuk insurans):

  • 1.5L E – RM133,900
  • 1.5L V – RM144,900
  • 1.5L Petrol RS – RM149,900
  • 2.0L e:HEV RS – RM167,900

Civic facelift 2025 didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl dan warna baharu Canyon River Blue Metallic.

Kedua-dua varian ini menampilkan elemen reka bentuk yang berbeza, termasuk reka bentuk luaran RS yang sporty dengan sambungan jeriji hadapan mengikut warna badan dan kemasan bawah jeriji untuk e:HEV RS.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Varian Petrol RS pula menerima sambungan jeriji hadapan yang dicat hitam dan kemasan bawah jeriji hitam. Bagi e:HEV RS, ia didatangkan reka bentuk roda aloi Matte Grey bersaiz 18 inci rekaan baharu.

Di bawah bonet, varian e:HEV RS dilengkapi dengan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV yang menawarkan kuasa maksimum 184PS dan 315Nm daya kilas. Rangkaian kuasa hibrid ini dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Sementara itu, varian Petrol RS dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged, yang menghasilkan kuasa maksimum 182PS dan 240Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.

Kedua-dua varian didatangkan dengan pendingin hawa dwi zon (pendingin hawa zon tunggal untuk model petrol), Honda Smart Key dan Honda CONNECT secara standard untuk semua varian.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem inforia Google, dengan paparan skrin sesentuh bersaiz 9-inci yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Varian e:HEV RS menerima ciri-ciri tambahan seperti tempat duduk pemandu kuasa dengan pelarasan lapan arah, tempat duduk penumpang hadapan kuasa dengan pelarasan empat arah, pengecasan nirwayar, kemasan jejalur merah di papan pemuka dan kemasan tempat duduk gabungan suede dan kulit buatan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Varian ini turut didatangkan dengan empat mod pemanduan yang terdiri daripada Individual, ECON, NORMAL dan SPORT.

Aspek keselamatan standard pula terdiri daripada enam beg udara, amaran tali pinggang keledar untuk tempat duduk hadapan dan belakang, amaran penumpang belakang, cangkuk ISOFIX, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA), ABS, EBD, isyarat berhenti kecemasan, termasuk penderia parkir hadapan dan belakang.

Civic facelift 2025 turut dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu Honda SENSING yang terdiri daripada:

  • Amaran Perlanggaran Hadapan
  • Sistem Brek Cegah Perlanggaran
  • Amaran Tersasar Lorong
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong
  • Pencegahan Terbabas
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Ikut Halaju Rendah
  • Suluhan Lampu Tinggi Auto
  • Sistem Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan

Model ini hadir dengan sokongan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan, selain waranti bateri hibrid bagi varian e:HEV selama 8 tahun, juga tanpa had perbatuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply