ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Hatchback 2022 diperkenalkan – Kini dengan pilihan transmisi manual

Berita Global

Views

Keluarga Honda Civic kini semakin berkembang dengan kehadiran varian Hatchback terharu. Dari segi penampilan, ia boleh dikatakan hampir sama dengan versi sedan, cuma perbezaan ketara adalah di bahagian belakang. Spoiler yang bergabung dengan pintu belakang menjadi rekaan belakangnya lebih unik, ditambah pula dengan kehadiran lampu nipis yang disambungkan dengan jejalur LED melintang yang kelihatan sedikit melengkung.

Rekaan kabin Civic Hatchback juga tidak jauh berbeza dengan kehadiran panel meter digital bersaiz 7 atau 10.2-inci dan paparan unit infohiburan gaya terapung bersaiz 7 atau 9-inci ditengah konsol papan pemuka. Paling penting, versi hatchback ini dikatakan lebih praktikal dari versi sedan kerana tempat duduk belakangnya boleh dilipat dan dipisahkan 60/40, sekali gus memberikan ruang kargo yang lebih luas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Selain itu, Honda mengatakan ruang kaki untuk penumpang belakang turut bertambah hampir 1.4 inci (36 mm). Dari segi penjana, dua pilihan enjin ditawarkan termasuklah enjin aspirasi normal 2.0-liter empat-silinder yang menghasilkan 158 kuasa kuda dan 187 Nm daya kilas. Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5-liter empat-silinder turbo yang menjana 180 kuasa kuda dan 240 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan pula dengan pilihan kotak gear enam-kelajuan manual atau CVT. Walaubagaimanapun, versi manual hanya ditawarkan untuk varian Sport dan Sport Touring. Dari segi prestasi, pemilik versi hatchback lebih beruntung kerana strukturnya lebih keras, suspensinya telah ditala semula dan sistem sterengnya turut dirombak bagi memberikan tindak balas yang lebih mantap.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Perubahan ini turut membantu meningkatkan pemanduan dan pengendaliannya, dan pada masa yang sama mengurangkan bunyi, getaran dan kekasaran. Sistem Honda Sensing turut dipertingkatkan dengan menampilkan cip pemproses yang lebih berkuasa, perisian yang dinaiktaraf dan kamera dengan sudut pandangan yang lebih lebar.

Dengan perubahan ini, pemilik akan merasai reaksi membrek yang lebih pantas dan semula jadi semasa menggunakan Kawalan Jelajah Adaptif. Sistem Bantuan Kekal Lorong juga menjanjikan stereng yang lebih linear. Civic Hatchback 2022 akan dikeluarkan di kilang Honda di Greensburg, Indiana dan ia dijangka mula memasuki pasaran pada bulan September.

Harganya masih lagi belum diumumkan, namun dijangka bermula dari di bawah $20,000 (RM83,320) untuk varian asas LX, manakala varian Sport Touring pula sekitar $30,000 (RM124,980). Ura-ura mengatakan varian Civic Si akan diperkenalkan pada bulan Oktober dan ia kemudiannya disusuli pula dengan Civic Type R tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda Civic Hatchback versi Amerika Syarikat

Honda Civic Hatchback versi Jepun

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply