ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Type R 2023 jana 315 kuasa kuda, masuk pasaran Amerika Syarikat musim luruh ini

Berita Global

Views

Honda akhirnya mendedahkan spesifikasi model Civic Type R 2023 untuk pasaran Amerika Syarikat. ‘Hot hatch‘ dambaan peminat logo ‘H tegak’ ini mampu menjana 315 kuasa kuda, lebih 9 kuasa kuda berbanding model terdahulu.

Lima pilihan warna ditawarkan untuk pelanggan di Amerika, antaranya Championship White (warna eksklusif untuk Type R), Rallye Red, Boost Blue, Crystal Black Pearl, dan Sonic Grey Pearl.

Model ini dikuasakan oleh enjin turbocas empat-silinder sebaris Honda K20C1 yang dipertingkatkan yang menjana 315 kuasa kuda pada 6,500 rpm dan 420 Nm daya kilas antara 2,600 dan 4,000 rpm. Ini juga bermakna, daya kilasnya juga bertambah sebanyak 20 Nm.

Namun, ia sedikit kurang jika dibandingkan dengan Type R spesifikasi Eropah yang mampu menghamburkan 316 kuasa kuda. Walaubagaimanapun, ia tetap menjadi kenderaan keluaran kilang Honda yang paling berkuasa pernah ditawarkan untuk pelanggan di Amerika.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurut Honda, mereka telah mengubah saiz, bentuk dan jumlah bilah turbin pengecas turbo bagi menjana tekanan ke atas putaran yang lebih meluas. Peningkatan aliran masuk udara dan sistem ekzos yang lebih cekap dengan injap aktif menjadikan bunyi ekzosnya lebih bingit pada rpm tinggi.

Bukaan jeriji lebih besar, radiator lebih besar dan kipas berdiameter besar baharu menjadikan penggunaannya lebih lama selain memastikan prestasi optimum yang mampan semasa pemanduan berprestasi tinggi. Transmisi manual enam kelajuan juga telah dipertingkatkan.

Memandangkannya berasaskan model generasi ke-11 Civic Hatchback, ia kini mempunyai jarak antara roda lebih panjang (3.5 cm) untuk pemanduan lebih lancar dan kestabilan yang lebih mantap. Angkup breknya pula telah ditukar kepada unit dua keping, manakala penyejukan brek telah dipertingkatkan untuk tahan lebih lama.

Badannya kini 2 cm lebih panjang, 1.2 cm lebih rendah dan 1.5 cm lebih lebar berbanding model sebelumnya, disebabkan dapra (fender) yang lebih kembang. Civic Type R 2023 ini dipasang dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S yang membaluti rim aloi 19-inci dengan kemasan hitam kusam.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Di ruang kabin, ia dipasang dengan tempat duduk ‘bucket‘ dan alas kaki dengan kemasan merah, tombol gear aluminum dan plak nombor siri Type R yang ditampal pada papan pemuka. Ia turut dilengkapi panel instrumen digital baharu dengan antara muka yang lebih ringkas dan mudah untuk dibaca.

Civic Type R 2023 kini menampilkan ciri mod +R yang memaparkan indikator inspirasi-perlumbaan dan informasi posisi gear. Paparan infohibur sembilan incinya pula didatangkan dengan pencatat data prestasi Honda LogR yang eksklusif dan serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bagi menambahkan ciri kemewahan, ia juga dilengkapi dengan pengecasan nirwayar Qi dan sistem bunyi premium Bose Centerpoint. Model baharu ini akan dibina di kilang Honda Yorii di Jepun, tetapi enjinnya dipasang di Loji Enjin Anna di Sidney, Ohio.

Harga model ini hanya akan didedahkan apabila hampir dengan tarikh pelancarannya pada musim luruh nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply