ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Type R putus dua, semua penumpang selamat

Berita Global

Views

Tular satu video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Vincent Nieto, yang memaparkan sebuah Honda Civic Type R berwarna biru Cyan, putus dua dalam satu kemalangan ngeri di Denver, Colorado. Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran dengan sebuah restoran makan segera.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Yang menariknya, pemandu kereta dan ibu kepada pemilik kereta tersebut turut meninggalkan komen pada hantaran video tersebut, menceritakan apa yang telah berlaku. Menurut Renee Gutierrez-Martinez, kereta tersebut dimiliki anak perempuannya dan teman lelaki anaknya memandu kereta tersebut.

Teman lelaki pemilik kereta tersebut, Kevin Acosta mendakwa mereka telah dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki lebih berusia ketika berada di persimpangan Jewell Avenue dan Federal Boulevard. Katanya, impak dari rempuhan tersebut menyebabkan kereta dipandunya ditolak ke sebuah tiang lampu dan terputus dua.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mujurlah tiada penumpang di bahagian belakang, jika tidak sudah tentu mereka akan mengalami kecederaan parah atau meninggal dunia. Mereka juga bernasib baik kerana semasa ia merempuh tiang lampu kereta itu tidak mengenai tepat pada mereka.

Mereka berdua terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan. Civic tersebut terus dibawa ke pusat pelupusan dan tidak lagi selamat untuk berada di jalan raya. Namun, jangan terkejut sekiranya ia muncul secara tiba-tiba di lelongan atas talian kerana beberapa komponennya termasuklah enjin, masih lagi boleh digunakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply