ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CR-V berjaya raih 5-Bintang ASEAN NCAP

Views

Dalam majlis penyampaian anugerah sempena acara “The Inaugural ASEAN NCAP Result Release 2017-2020 Protocol” yang berlangsung semalam di Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Kajang, Selangor, Honda Malaysia telah mengumumkan model CR-V serba baharu telah menerima pengiktirafan 5-Bintang dengan markah keseluruhan 88.80 mata. Ini juga merupakan kali yang kedua berturut-turut CR-V mendapat pengiktirafan yang sama dari ASEAN NCAP sejak pengenalan generasi keempatnya pada tahun 2014.

Ia merangkumi kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dan Teknologi Bantuan Keselamatan (SATs) dalam sistem penarafan terbaharu yang dikeluarkan oleh Program Keselamatan Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP). Honda CR-V juga terpilih sebagai model pertama di rantau ASEAN untuk menerima keputusan melalui penilaian terbaharu tersebut dan penarafan ini juga adalah untuk kesemua varian CR-V.

Berikut adalah markah yang berjaya dikumpul oleh Honda CR-V mengikut kategori:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 47.25 mata.
  • Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) – 22.84 mata.
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SATs) – 18.71 mata.

Honda CR-V baharu menawarkan ciri-ciri keselamatan yang tiada tandingan seperti Honda SENSING* dan Honda LaneWatch*, yang turut memenangi kategori “Teknologi Keselamatan” pengeluar kereta di ASEAN NCAP Grand Prix Award pada 2016 dan 2014. Honda LaneWatch* myla diperkenalkan pada model CR-V sejak 2015 dan ia juga menjadi model pertama dalam segmennya yang menampilkan ciri tersebut.

Honda SENSING*, yang merupakan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Masa Depan merupakan ciri keselamatan terbaharu yang ditawarkan oleh Honda untuk membantu pemandu semasa dalam keadaan yang berbahaya. Ia merangkumi tujuh ciri seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), dan Lane Departure Warning (LDW).

Sebagai tambahan kepada, CR-V baharu turut didatangkan dengan pakej keselamatan komprehensif untuk ciri keselamatan aktif dan pasif seperti senam beg udara, tali pinggang hadapan tiga-titik ELR, tali pinggang beakang tiga-titik ELR, kerusi belakang ISO Fix, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dengan Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan banyak lagi.

Sehingga Julai 2017, sebanyak 69,000 unit CR-V telah terjual dan model terbaharunya kini merekodkan jumlah tempahan melebihi 2,900 unit sehingga 12 Ogos 2017. Angka ini bersamaan dengan empat bulan sasaran jualan yang telah berjaya dicapai dalam masa sebulan. 80 peratus daripada jumlah tersebut merupakan varian turbo dan Honda Malaysia berusaha untuk mengekalkan tempoh menunggu antara satu hingga dua bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply