ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CR-V generasi baru pecah rekod tempahan tertinggi!

Views

crv

Honda Malaysia mencatat satu lagi sejarah dengan model CR-V generasi terbarunya telah memecahkan rekod tempahan tertinggi dengan hampir 3,000 tempahan hanya dalam masa sebulan selepas pelancarannya. Ini juga merupakan rekod tempahan tertinggi bagi semua model baru keluaran Honda. Selain itu, Honda Malaysia juga berjaya menerima 6,300 tempahan untuk kesemua modelnya pada bulan Mac yang juga merupakan rekod tempahan bulanan tertinggi setakat ini.

Model Generasi ke-4 CR-V mencatat rekodnya tersendiri kerana telah berjaya menerima tempahan tertinggi mengatasi 3 model generasi sebelumnya. Pencapaian yang memberangsangkan ini juga membolehkan model CR-V generasi baru mencecah 43% daripada sasaran jualan 7,000 unit setahun.

Honda Malaysia juga bakal memperkenalkan varian 2.4L Honda CR-V generasi baru pada bulan Jun 2013 untuk memberi pilihan kepada pembeli yang mahukan SUV yang lebih berprestasi. Varian tersebut dijangka bakal menyumbang 10% daripada jualan keseluruhan model tersebut. Tempahan untuk varian 2.4L Honda CR-V generasi baru kini dibuka disemua 62 pengedar sah Honda di seluruh negara.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply