ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

Honda daftar tanda niaga nama ‘City Hatchback’ di MyIPO – Bakal ganti Jazz?

Spekulasi

Views

Agak lama sebenarnya kami peram info ini. Desas-desus semakin bertiup kencang mengatakan Honda Malaysia bakal memperkenalkan sebuah baharu yang bakal menggantikan Jazz di pasaran tempatan. Ia diperkukuhkan lagi dengan penemuan dari rakan kami, Vanhoe Rage yang menghantarkan satu tangkap layar memaparkan nama City Hatchback yang telah didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Nama City Hatchback telah didaftarkan sebagai tanda niaga (trademark) oleh Honda Motors Co. Ltd., Jepun dan ia diklasifikasikan di bawah kategori barangan dan perkhidmatan – kenderaan : radas untuk lokomotif di darat, udara dan air yang termasuk dalam kelas 12 antarabangsa. Koresponden untuk tanda niaga ini pula adalah individu yang beralamat di Malaysia dan ini sekaligus mengesahkan kewujudan model tersebut untuk pasaran Malaysia.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Kami jangkakan besar kemungkinan City Hatchback merupakan salah satu varian dari model City generasi baharu yang telah menjalani ujian jalan raya di Thailand sebelum ini. Di China, ada satu versi City Hatchback,  dinamakan Honda Gienia yang telah dilancarkan pada 2016. Mungkin City Hatchback akan mempunyai reka bentuk sedemikian rupa dan boleh jadi juga ia seperti Toyota Vios dan Yaris.

Nantikan info selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda Gienia

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply