ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda hantar wakil ke rumah untuk penggantian inflator beg udara Takata

Views

Kami kagum dengan kesungguhan Honda Malaysia! Dah bermacam-macam cara dan kaedah mereka lakukan untuk membantu pelanggan mereka yang terlibat dengan penggantian inflator beg udara Takata. Sehingga 31 Disember nanti, kesemua 84 Pusat Servis Bertauliah Honda akan menghantar wakil dari rumah ke rumah untuk membantu menggantikan beg udara pelanggannya yang terjejas. Kaedah ini adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran dan untuk memaklumkan kepada mereka betapa pentingnya untuk menukar inflator beg udara pemandu dengan segera.

Tiada sebarang bayaran dikenakan dan ia adalah tambahan kepada inisiatif sedia ada seperti Hab Servis Berpusat Honda dan Hab Bergerak yang ditempatkan di beberapa lokasi terpilih seperti di pusat membeli-belah dan siri jelajah Honda Family Road Trip. Pasukan rumah ke rumah dari Pusat Servis Bertauliah Honda akan berpakaian seragam Honda (rujuk foto foto di bawah) dan akan membawa bersama surat kebenaran bagi memudahkan pelanggan mengenali mereka.

Pelanggan boleh terus menghubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau Pusat Servis Bertauliah Honda untuk mendapatkan pengesahan apabila dikunjungi oleh pasukan ini. Mereka akan turut membuat aktiviti penggantian serta-merta jika diperlukan oleh pelanggan yang tidak mampu untuk ke pengedar terdekat atau hab sementara.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia menggesa pelanggan mereka yang terlibat untuk membuat temujanji di mana mana Pusat Servis Bertauliah Honda dan Hab Servis Berpusat Honda untuk membuat penggantian. Selain itu, mereka juga boleh datang terus ke Pusat Servis Berpusat Honda untuk menukar inflator beg udara pemandu Takata. Penggantian di Hab Bergerak dan Honda Family Road Trip tidak memerlukan sebarang temujanji. Setakat 8 Disember 2016, Honda Malaysia telah berjaya menyiapkan 68 peratus penggantian inflator beg udara pemandu Takata.

KLIK UNTUK BESARKAN

honda-door-to-door-mobile-team_customer-relations-executive honda-door-to-door-mobile-team_sales-advisor-olive-green honda-door-to-door-mobile-team_sales-advisor-white honda-door-to-door-mobile-team_service-advisor honda-door-to-door-mobile-team_technician

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply