ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda henti jualan kereta di Rusia menjelang tahun 2022

Berita Global

Views

Di Malaysia jualan kereta jenama Honda semakin menunjukkan angka yang memberangsangkan, namun lain pula kisahnya di negara Rusia. Di negara tersebut, pengeluar kereta dari Jepun itu telah memutuskan untuk menghentikan bekalan kereta baharu kepada pengedar rasminya menjelang tahun 2022.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha penstrukturan semula operasi global pengeluar kereta itu berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Walaubagaimanapun, jenama tersebut kekal di pasaran Rusia dengan hanya menjual motosikal dan peralatan kuasa.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Mereka juga masih mengekalkan aktiviti yang berkaitan dengan khidmat selepas jualan bagi kenderaannya, seperti yang telah dilaporkan oleh Reuters. Tidak seperti pesaing senegaranya, Toyota dan Nissan, Honda tidak mempunyai fasiliti pengeluaran di Rusia dan mereka hanya mampu menjual 79 unit kenderaan bulan lepas, menyusut 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketika ini Honda hanya menjual dua model kereta sahaja di Rusia, kedua-duanya adalah SUV (CR-V dan Pilot). Tambah memburukkan keadaan, jualan keseluruhan Honda di Rusia tahun ini setakat bulan November jatuh 15 peratus kepada 1,383 unit, berbanding jumlah keseluruhan kereta baharu di sana yang mencecah angka 1.3 juta unit.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Selain itu untuk pasaran Eropah, Honda bakal memansuhkan jualan varian berenjin petrol dan diesel menjelang 2023 dan mengekalkan barisan model yang dijana oleh elektrik sepenuhnya dan juga hibrid. Menurut eksekutif syarikat itu, Ian Howells, mereka yakin pada bahan bakar alternatif dan masih belum bersedia untuk ke arah elektrik sepenuhnya.

Katanya, kenderaan elektrik (EV) adalah 50 peratus lebih mahal berbanding kereta konvensional atau hibrid. Sungguhpun begitu, Howells tahu yang ini bukanlah penyelesaian jangka panjang dan pihaknya melihatnya sebagai peralihan atau kesinambungan kepada teknologi bateri dan juga infrastruktur, sebelum mereka menawarkan mobiliti persendirian massa dengan tenaga baharu pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply