ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda HR-V 2021 dipertingkatkan – Paparan 7-inci standard untuk semua varian, warna baharu Platinum White Pearl

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan model HR-V yang dipertingkatkan dengan ciri baharu dan naik taraf ruang dalaman bagi varian Hybrid. Kesemua varian kini dilengkapi dengan paparan unit infohiburan 7-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto dengan dua slot USB tambahan di konsol tengah. Selain itu warna baharu Platinum White Pearl juga diperkenalkan.

Varian HR-V Sport Hybrid intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) pula diberi sentuhan lebih segar dengan kemaskini luaran yang nerangkumi lampu depan dan belakang jenis LED serta lampu kabus LED. Melengkapi gaya luaran tersebut adalah pemegang pintu kemasan krom dan stereng tiga jejari balutan kulit yang sporty.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Sejak diperkenalkan pada 2015, lebih dari 98,600 unit HR-V kini meluncur di jalan raya Malaysia. Model facelift yang dilancarkan Januari 2019 meneruskan popularitinya dengan pengenalan varian RS and Sport Hybrid buat julung kalinya. Tahun lalu, HR-V menjadi model ketiga terlaris Honda Malaysia yang menyumbang sebanyak 17 peratus jumlah jualan syarikat tersebut.

Varian V merekodkan jumlah jualan tertinggi sekali gus menyumbang 41 peratus jumlah jualan model HR-V. Warna Passion Red Pearl pula menjadi pilihan 30 peratus daripada jumlah pembeli model tersebut. HR-V juga kekal menjadi SUV Kompak nombor satu dalam segmen Bukan-Nasional dengan 73 peratus penguasan pasaran setakat November 2020.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

HR-V ditawarkan dengan pilihan 4 varian dengan harga yang ditawarkan bermula dari RM104,000.21 untuk varian E, RM113,421.92 untuk varian V dan RM118,581.81 untuk varian RS manakala harga bagi varian Sport Hybrid i-DCD akan diumumkan kemudian. Varian E, V dan RS dikuasakan enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digandingkan dengan transmisi CVT.

Varian RS turut dilengkapi dengan sistem Pelbagai Nisbah Gear (VGR) untuk pemanduan lebih sporty. Varian Sport Hybrid i-DCD pula dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan pancitan terus yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dan Motor Berkuasa Tinggi Bersepadu. Ia dibantu pula dengan bateri Lithium-Ion berkuasi-tinggi yang mampu menjana kuasa setanding dengan prestasi enjin 2.0L.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply