ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda HR-V Edisi Terhad Mugen diperkenalkan

Views

Honda Malaysia memperkenalkan model ketiganya yang ditawarkan dengan kit badan edisi terhad Mugen, model SUV kompak HR-V. Sebelum ini model edisi terhad Civic Concept Mugen 2.0 (2006) dan model Concept M untuk Civic dan Jazz (2010) terlebih dahulu memakai kit badan keluaran Mugen. Model edisi terhad HR-V Mugen hanya dikeluarkan sebanyak 1,020 unit dan hanya terdapat pada varian V sahaja. Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM 118,800** (tidak termasuk insurans).

Apa ciri-ciri menarik Honda HR-V Mugen Edisi Terhad ini?

  • HR-V Mugen didatangkan dengan kit badan baharu merangkumi 9 item termasuklah – spoiler bawah depan, spoiler bawah belakang, spoiler bawah sisi, spoiler pintu belakang, hiasan pelekat sporty, emblem Mugen pada konsol kotak gear, jeriji depan dan alas kaki.

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, HR-V mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan jumlah unit yang didaftarkan melebihi 65,000 unit setakat Januari 2018. HR-V merupakan model kedua terlaris Honda Malaysia dengan menyumbang sebanyak 17 peratus jumlah keseluruhan jualan dan menjadi peneraju dalam segmen SUV kompak.

Ia dijana oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang digandingkan dengan teknologi transmisi CVT Honda Earth Dreams yang menawarkan pemanduan yang lancar dan prestasi penjimatan bahan bakar yang terbaik. HR-V juga menjadi salah satu model keluaran Honda Malaysia yang menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Model ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan aktif dan pasif tertinggi serta mendapat penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, enam beg udara, Brek Parkir Elektrik (EPB), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA). Walaupun permintaan terhadap model ini masih tinggi, Honda Malaysia komited untuk membuat penghantaran kepada pelanggan dalam masa yang sesuai dengan tempoh menunggu antara 1 hingga 2 bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply