Honda Malaysia telah berjaya mencatatkan tempahan melebihi 8,500 unit model HR-V baharu hingga setakat ini. Model tersebut telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari lalu, dan telah berjaya mencapai sasaran jualan selama tiga bulan hanya dalam tempoh satu bulan dengan hampir 4,000 tempahan direkodkan.
Sejak dilancarkan, lebih dari 3,000 unit HR-V baharu telah diserahkan kepada pemiliknya. Ia turut mendominasi 87 peratus pegangan pasaran dalam segmen SUV kompak setakat Januari 2019 dan kekal sebagai peneraju dalam segmennya. Berdasarkan rekod, Lembah Klang menyumbang jualan tertinggi sebanyak 47 peratus, diikuti oleh wilayah Selatan dan Utara yang masing-masing menyumbang sebanyak 18 peratus jumlah jualan keseluruhan.
Warna Passion Red Pearl menjadi pilihan warna terbaharu yang ditawarkan oleh Honda Malaysia dan HR-V menjadi model pertama yang menggunakannya. Warna ini menjadi kegemaran ramai pelanggan dan berjaya mencatat 28 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan HR-V.
HR-V ditawarkan dalam empat varian, Hybrid, RS, V dan E. Varian petrol dijana oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams Technology. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama, populariti model ini mula meningkat sejak ia mula diperkenalkan buat kali pertama pada 2015. Model ini disasar dan dirancang untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan prestasi, kecekapan bahan api dan praktikaliti.
JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan
Varian tertinggi HR-V RS juga telah menerima sambutan yang menggalakkan walaupun ia kali pertama diperkenalkan di Malaysia. Varian ini menampilkan rekaan jeriji hadapan yang sporty, rim aloi dua-tona bersaiz 18-inci, bampar depan dan belakang berwarna hitam dan sistem stereng Nisbah Pelbagai Gear (VGR) yang sangat diminati oleh kaum lelaki.
Selain itu, Honda juga menjadi jenama pertama yang menawarkan Hibrid dalam segmen SUV kompak dengan pengenalan model HR-V Sport Hybrid dengan sistem Pemanduan Dwi-Klac Pintar (i-DCD). Ia dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Suntikan Terus yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-Klac dan Motor Berkuasa Tinggi Bersepadu yang memberikan prestasi serta kecekapan bahan api.
Output kuasa yang berjaya dihasilkan oleh kombinasi enjin dan motor yang dibantu oleh bateri Berkuasa-Tinggi Lithium-Ion memberikannya kuasa setanding dengan model berkapasiti enjin 2.0L. Dari segi keselamatan, HR-V dilengkapi dengan enam beg udara, Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISO Fix.
Selain itu, model ini juga menjadi penanda aras dalam segmen SUV kompak dengan memperkenalkan ciri nilai tambah seperti Kamera Pandang Belakang Pelbagai-Sudut, Kerusi Kuasa 8-Cara (varian V dan RS), kerusi dengan kemasan kulit sepenuhnya (varian V dan RS), kamera Honda LaneWatch (varian V dan RS), Kawalan Jelajah dan Tuil Gear Tangan (Paddle Shift).
JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI