ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda, Hyundai dan Toyota berpakat untuk membuli Volkswagen

Views

Dalam dunia perniagaan, khususnya automotif persaingan dalam merebut pasaran adalah sesuatu perkara yang biasa. Namun, lain pula kisahnya apabila tiga gergasi automotif Honda, Hyundai dan Toyota berpakat untuk membuli Volkswagen. Walaupun mereka berbeza, namun ada satu perkara yang membuatkan mereka boleh bersatu – kenderaan yang dikuasakan oleh bahan api hidrogen.

Mereka kini bersepakat untuk menandatangani surat untuk menggesa negeri California untuk memaksa Volkswagen menghabiskan “sebahagian besar” pembayaran pampasan bernilai USD800 juta, dari skandal Dieselgate, untuk membina stesen mengisi bahan bakar hidrogen yang secara halusnya untuk kepentingan mereka. Ini sudah pasti memberi manfaat kepada mereka namun Volkswagen tetap berkeras untuk terus memastikan plan asal California yang mahu membina hanya 100 buah stesen bahan api hidrogen menjelang tahun 2020 kekal.

AutoNews Eropah melaporkan Volkswagen mahu membelanjakan sebahagian besar wang tersebut untuk stesen pengecasan kenderaan elektrik dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka kini sedang menawarkan model e-Golf dan bakal melancarkan serangan kereta elektrik bermula tahun 2020. Walaubagaimanapun, pengeluar kenderaan lain juga merasa tidak senang hati dengan perancangan tersebut kerana BMW dan Ford telah menyatakan kegusaran mengenai dominasi Volkswagen yang mengawal sebahagian besar stesen pengecasan dalam negeri tersebut.

Kita tengok siapa yang kena nanti. Sediakan bertih jagung anda!

KLIK UNTUK BESARKAN

Volkswagen-e-Golf-1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply