ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Jazz dan City Sport Hybrid i-DCD catat tempahan 1,200 unit

Views

Honda Malaysia sekali mencatatkan rekod yang membanggakan setelah model baharu Jazz dan City Sport Hybrid i-DCD berjaya mencatat tempahan sebanyak 1,200 unit setakat 30 September 2017. Ini sekaligus menyaksikan sasaran jualan untuk tiga bulan, berjaya dicapai hanya dalam masa dua bulan. Sasaran bulanan untuk Jazz Sport Hybrid i-DCD adalah sebanyak 150 unit, manakala untuk City Sport Hybrid i-DCD pula adalah sebanyak 250 unit.

City Sport Hybrid i-DCD mencatat permintaan tinggi dengan 61 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan. Teknologi Sport Hybrid i-DCD amat popular di kawasan Tengah dengan jumlah peratusan tempahan sebanyak 53 peratus. Setakat ini, Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 500 unit City Sport Hybrid i-DCD dan 330 unit model Jazz Sport Hybrid i-DCD. Sejak dua bulan lalu, Honda Malaysia menduduki tempat teratas dalam penguasaan pasaran segmen Hibrid di bawah RM200,000.

Walaupun permintaan tinggi untuk kedua-dua model ini, Honda Malaysia berjanji akan memastikan tempoh menunggu kekal sama antara 1 hingga 2 bulan. Jazz Sport Hybrid i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang digandingkan dengan Transmisi 7-Kelajuan Dual Klac dengan Motor Berkuasa Tinggi Bersepadu.

Gabungan ini membolehkan enjin melepaskan 137PS kuasa kuda dan 170Nm tork yang bersamaan dengan enjin 1.8L. Jazz Hybrid Sport i-DCD mempunyai Mod Sport manakala City Sport Hybrid i-DCD dilengkapi dengan Paddle Shift untuk prestasi pemanduan mengagumkan. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti empat beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Kamera Undur Pelbagai-Sudut dan ISO Fix.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply