ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Jazz klon dijual harga murah di Kelantan

Berita Tempatan

Views

Harga kereta jenis Honda Jazz klon yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran menjadi faktor utama peminat kereta kompak itu di negeri ini berlumba-lumba membelinya. Menurut K!ONLINE, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sebuah kereta jenis Honda Jazz klon dijual pada harga RM10,000 berbanding harga baharu di pasaran iaitu RM80,000.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, kereta klon menjadi pilihan golongan berusia 35 hingga 45 tahun dengan membeli kenderaan menerusi laman sesawang yang diperoleh dari Singapura. Berdasarkan statistik pada tahun lalu, sebanyak tujuh kereta Honda Jazz klon disita berbanding kenderaan lain sebanyak tiga buah iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey dan sebuah Toyota Estima.

Tambah beliau, pembeli dipercayai mengambil jalan mudah untuk membeli kereta klon tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Ia boleh memberi implikasi kepada pemandu atau penumpang jika berlaku kemalangan kerana tidak dilindungi insurans.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Menurutnya, secara keseluruhan, JPJ Kelantan sebanyak 11 buah kereta klon telah disita pada tahun lalu dan 10 buah pada tahun 2019. Katanya, rekod keseluruhan kenderaan klon yang disita oleh JPJ sehingga tahun ini pula sebanyak 155 buah dengan ada yang dibeli pada harga serendah RM4,500.

Tambahnya, memiliki kereta klon yang tidak didaftarkan merupakan kesalahan mengikut Seksyen 7(1), Seksyen 108(3)(f), Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply