ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda kini jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia

Views

Honda Malaysia Sdn Bhd telah berjaya mencatatkan jualan tertinggi pada tahun 2015 dengan 94,902 unit kenderaaan, dan sekali gus menjadikannya sebagai jenama kenderaan bukan nasional nombor satu buat pertama kali di Malaysia.

Honda mencatat peningkatan 22 peratus jualan keseluruhan pada tahun lalu berbanding tahun 2014 dengan hanya 77,485 unit. City merupakan model terlaris dengan jualan mencecah hampir 40 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan. Ia diikuti dengan HR-V dan Jazz yang masing-masing mencatat 21 peratus dan 18 peratus.

Mengulas mengenai kejayaan ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, “2015 adalah tahun yang cukup bersejarah buat Honda Malaysia. Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan untuk merebut pasaran, syarikat telah berjaya melepasi sasaran 85,000 unit melebihi 12 peratus. Honda juga merekodkan jualan bulanan tertinggi dengan 10,741 unit.”

Dengan permulaan yang cukup memberansangkan, mulai 2016 Honda Malaysia akan lebih komited untuk terus memperkenalkan produk menarik untuk pasaran Malaysia dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan menerusi 87 pengedar sahnya di seluruh Malaysia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Mmm… strategi 3 serangkai honda berjaya; city, hrv dan jazz. Buat pertama kali meletakkan toyota ke-2 pengeluar bukan tempatan.

    Cheers!


  • Honda genius dalam taktik produknya..tak perlu byk variant..
    hnya produk yang tepat pd masanya. mereka fokus pada keperluan dan kehendak pengguna..bukan pada kehendak pengurusannya…senang citer bukan buat produk syok sendiri.


  • Mmm… jika dikaji balik, honda fokus kepada produk B segment yg mana produk nie adalah market paling popular dan segment jualan terlaris di Malaysia. No wonder…:) Natijahnya, protn juga kena fokus kat segment B secara serius kalau nk tingkatkan saingan. Segment A dan B adalah kunci jualan tertinggi kalau betul model yg dikeluarkan… all the best!:)

    Cheers!


  • Honda tahu dimana kekuatan mereka, dan hasilnya mereka mininggalkan Toyota dan Proton dibelakang.. Semua pun tahu, model terlaris mereka sebelum ini adalah City dan Jazz, dan yang terbaru H-RV

    Proton pula tak sedar di mana kekuatan mereka, hasilnya model mereka yg paling laris, iaitu Saga dibiarkan sahaja selama hampir 8 tahun tanpa digantikan dengan model baru..

    Begitu juga dengan Persona (model ke-2 terlaris), dibiarkan selama hampir 9 tahun tanpa digantikan. Pada masa yg sama Proton telah buat pelaburan yg merugikan terutamanya model Suprima. Preve juga jualannya tak sepanas seperti yang diharapkan


    • setuju bro.sebab tu strategi bikin banyak model ni belum tentu jalan.Saga,Persona,Preve,Suprima semua macam lain2 famili.Kang kuar model baru,create family lain pulak,previous model terabai & akhirnya stop production.Ahhh,lantak lah korang.


  • Besela bro dulu dah pernah bg pendpt tp taknak dgr.. sume mcm pro konon.. nak buek mcm2.. last2 trpaksa turunkan hage kan da rugi proton ..

    sebelum labur kena kaji dulu pendapatan org m’sia ni rata-rata 2k ke bwh.. mana mampu nk pakai kete mahal2.. nk byr saga exec bln2 pon xlps.. last2 amik saga sv je..

    Org mesti nk amik baru sbb de warranty 5thn.. proton tingkatkan model sedia ada je.. lg murah kos berbanding teroka segmen baru..

Leave a Reply