ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda lancar Civic facelift, kini dengan Honda SENSING – Harga dari RM113,600

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi Civic versi dikemaskini (facelift) yang dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING. Generasi ke-10 Civic ini telah mendominasi segmennya dengan penguasaan pasaran sebanyak 72 peratus sepanjang tahun 2019. Lebih 48,000 unit Civic telah berjaya dijual sejak dilancarkan empat tahun lalu.

Secara keseluruhannya, Civic yang diperkenalkan di Malaysia telah mencatat jualan lebih 135,000 unit setakat Januari 2020. Dengan kejayaan pelancaran model baharu ini, Honda Malaysia dapat mengekalkan posisinya selaku jenama kenderaan Bukan Nasional No. 1 selama lima tahun berturut-turut.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, mereka telah merevolusikan segmen C apabila memperkenalkan Civic Generasi ke-10 dengan enjin turbo pada 2016 dengan rekaan luaran yang bergaya dan pelbagai ciri yang pertama dalam kelasnya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Model Civic baharu ini juga menjadi model Jepun pertama keluaran tempatan secara besar-besaran dalam segmen C yang ditawarkan dengan 8 ciri penuh keselamatan termaju Honda SENSING. Maka dengan ini, Honda Malaysia melengkapkan rangkaian model bersama Honda SENSING untuk kenderaan segmen C dan ke atas yang merangkumi model CR-V,  Accord serba baharu dan Odyssey.

Civic facelift juga ditawarkan dengan Honda LaneWatch, teknologi keselamatan berasaskan kepada kamera Honda yang dipasang pada cermin sisi. Ia juga menjadi model pertama dan satu-satunya model yang menawarkan ciri inovatif ini dalam segmennya.

Dari segi luaran, Civic facelift hadir dengan bampar hadapan rekaan baharu bersama jeriji hitam yang memberikannya penampilan yang lebih garang. Kemasan pada bampar belakang dan spoiler belakang baharu membuatkannya nampak lebih bergaya. Penggunaan rim aloi hitam bersaiz 18-inci yang baharu melengkapkan lagi penampilan keseluruhannya yang dinamik, rendah dan lebar.

Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged, yang menghasilkan kuasa maksimum mencecah 173PS dengan 220Nm daya kilas, yang menyamai prestasi enjin bersesaran 2.4L. Ia juga ditawarkan dengan enjin 1.8L i-VTEC berkuasa 141PS dengan 174Nm daya kilas. Kedua-dua enjin ini membolehkan Civic diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Civic facelift menawarkan ciri-ciri kenderaan segmen D di bahagian kabin seperti kemasan tempat duduk kulit (varian 1.5TC & 1.5TC-P sahaja) dengan ciri-ciri standard seperti pengilap cermin hadapan automatik, tempat duduk pemandu berkuasa dengan 8 larasan, penghidup enjin kawalan jauh dan ‘Walk Away Auto Lock’ untuk semua varian.

Tekstur dan penampilan suis pada stereng kini dilihat lebih cantik. Untuk memaksimumkan ruang kargo Civic facelift dilengkapi ciri baharu seperti konfigurasi 60:40 pada kerusi belakang. Satu lagi ciri penting di dalam kabin ialah suis kawalan kipas pendingin hawa baharu yang boleh dikawal menerusi satu butang sahaja.

Semua varian Civic facelift dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang terbaik dalam kelasnya seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Kendalian Tangkas (AHA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Auto Brake Hold (ABH), sensor hadapan baharu dan ISOFIX pada tempat duduk belakang.

Honda Malaysia menyasarkan jualan Civic facelift sebanyak 1,000 unit sebulan. Ia ditawarkan dengan warna baharu iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl) bersama-sama pilihan warna yang lain seperti Perak (Lunar Silver Metallic), Putih Mutiara (White Orchid Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl).

Berikut adalah senarai varian dan harga Honda Civic facelift:

  • Varian 1.8S – RM113,600 
  • Varian 1.5TC – RM129,600
  • Varian 1.5TC-P – RM139,600

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda Civic facelift 2020

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply